Thursday, 20 December 2012

JOM JOIN : Simple Giveaway - PINK ORANGE SHOPPE~

Hye selamat petang kawan-kawan..
dari tadi ara dok usha-usha contest.. macam best pula join kan,. 
lama dah tak aktifkan diri.. moga-moga ada luck kan.. hee..
1st sekali ara nak ajak readers join contest kawan kita ni IKA..
Mudah je semudah ABC.. aha..
tapi kena tempek banner ni tau.. kalau tak da ni tak sah tau.. (NOTED)


sebelum tu jangan lupa follow blog INI
dan page INI..

Selesai.. eh belum lagi laa.. kena tag kat kawan-juga..
jadi ara nak tag siapa erk.. kita tengok siapa yang kene.. hee..

1. IZZATI
2. NOR FAIZURA
3. UDA SUPERSOME

ok DONE..

kawan-kawan jangan lupa join k..
cepat sebelum tarikh luput :26 DISEMBER 2012..

ikhlas dari sii cilik ara.. goodluck semua..



Tuesday, 18 December 2012

*Gambar Bukan Sekadar Rupa*


hye dude.. ara tak berapa nak ada perasaan nak melakar karangan cukup lah sekadar hiasan gambar-gambar yang ara nak kongsi kat sini sebagai satu entry yang bermakna untuk ara dan orang penting dalam hidup ara..

JOM SAKSIKAN..

#K.ROZZY, K.SUE n ME

#SUE with ARA

k.ROZZY with ARA


gambar bukan sekadar rupa sebab view sangat-sangat cantik..
tetapi kalau snap view je tak ada rupa susah juga.. gambar tu seakan tak ada nilai..
heee..

*******
SEKIAN DARI SI CILIK ARA





Monday, 10 December 2012

*Kehilanganmu jelas terasa*


hye my dear readers..
ara nak kongsi sikit apa yang berlaku dengan ara hari ini semalam dan raya lepas.
tengok tajuk entry dah tahu kan mesti pasal kehilangan..
ye tak lain tak bukan encik kesayangan ara hilang lagi semalam..

*****************

raya lepas ara kehilangan BLACKBERRY CURVE 9300 (kot)
gambar je yang tinggal.. entah macam mana la boleh hilang..
sedih sangat masa tu.. dah la tu hand phone yang ayah ara bagi.. 
untuk tatapan ara kalau rindu dengan abg kitty ..

 see sweet je dia..

hurm.. kali pertama kehilangan memang sangat sakit rasanya..

***********
Dan semalam ara kehilangan lagi.. kali ni hilang BLACKBERRY CURVE 9380.
walaweh.. yang ni memang ara sedih sangat sebab BB ni ara beli guna duit sendiri dan baru je lagi bulan 9 lepas kot.. pertama kali beli gadjet sendiri.. hilang pulak..
memang tak boleh nak senyum.. menangis semahu-mahunya,.
kenapa ara cuai sangat ni ke memang takde jodoh ara dengan BLACKBERRY erk..
lain kali ara cuba IPHONE pula lah.. ahaha..
ara hilang BB pagi.. dan malam semalam ada amoi cina yang baik hati cuba contact MR SAYANG ara guna nombor ara..
terasa hati terbang tinggi ke langit.. 
harapan sekecil tu masih dan sangat-sangat kuperlukan..

dan ya petang tadi amoi tu serahkan BB tu dekat MR SAYANG ara.. bersyukur sangat-sangat..
amoi cina tu cakap dia jumpa kat DKG6.. 
kalau ikut logik memang  tak akan jumpa lagi insan yang baik hati nak pulangkan harta kita..
lagi-lagi gadjet macam tu.. 

ni pulak gambar sii blackberry ara yang HILANG SEKEJAP.


#eh ara kesuntukan masa la.. tak apa lah next time ara buat entry ara nak cerita pasal macam mana nak trace hand phone yang hilang melalui laman web.. 
ok2..

TERIMA KASIH AMOI CINA..
JODOH ARA DENGAN SII BLACKBERRY NI PANJANG LAGI..
lalalalalalalala..gembira bukan main..

kehilangan kali kedua yang memberi 1001 pengajaran..

ok daa.. ikhlas dari sii cilik ara.



Sunday, 2 December 2012

Ceritamu ku jadikan panduan


hiasan semata-mata..

hye my dear readers..
Telah hampir satu semester ara tak post apa-apa kan..
nak tahu kenapa? sebab ara tak rasa safety la.. semua laman sosial ara pun ada ja insan-insan yang memerhati yang sering mencari masalah ara.. 
ara pun tak tahu kenapa mesti ada insan- insan ni di sekeliling ara..
SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA..
dan kalau ada kawan-kawan yang perasan ara dah deactivated facebook dah sejak beberapa hari yang lalu.
Twitter pun hampir-hampir nak delete .. tapi ara dengan twitter dah jadi kawan baik tau..
cuma tu lah ara takut orang follow sebab nak tahu perkembangan cerita yang tak elok je,
almaklum la twitter kan selalu jadi tempat meluahkan rasa yang bercampur baur.. 
tapi kawan ara cakap positif la dekat orang sekeliling InsyaAllah orang akan fikir positif tentang kita..

#eh sebab dah lama tak update intro dia panjang sikit ye.. jangan bosan dulu.. aha..
actually ara nak cerita mengenai seorang kawan ara yang sangat closed dengan ara sejak kebelakangan ni.. jangan risau ara dah dapat kebenaran dia sebelum post cerita pasal dia..

****Lets begin our story***

watak-watak dalam cerita ara ni..
kawan ara = Eira (bukan nama sebenar )
teman lelaki kawan ara = Am (bukan nama sebenar)

cerita cinta dia ni dia mula bagi ara tahu since rabu yang lepas sampai lah petang tadi..
Nak katanya sekarang ni si Am tu tersangat lah sibuknya sampai si Eira ni pun fikir macam-macam dah.
tapi bukan dia tak tahu Am tu sibuk buat apa.. cumanya banyak benda yang buatkan dia ni sangat-sangat terkilan.. eira cakap bukan sebab dia rasa tersisih sebab dah lama tak jumpa, texting ataupun yang macam-macam tu la..
Ahad yang lepas, Eira ni terasa sangat sebab dia nak sangat si Am temankan dia sembang dalam text la.. dia tak mintak pun jumpa.. texting je pun.. tapi tu pun am tak boleh nak faham.. Eira ni kan kalau boleh memang tak nak ganggu masa si Am ni dengan jumpa bagai tu.. tapi salah juga ke dia kalau nak curi masa sikit utuk texting.. hari tu eira cerita sambil nangis-nangis.. ara?? speechless..

lepas kejadian tu eira pun nekad tak nak text dia sehari.. tapi hati wanita mana yang tahan kan bila Am mesej dia reply je, aha.. nekad je lebih.. LOL.. baca mesej-mesej yang Am sent je pun dah buat eira ni nangis.. entah apa la yang Am tu mesej kan.. lemahnya wanita..Selasa nya pula Am ni janji nak jumpa eira.. Lepas Am janji tu Eira bagi tahu ara yang dia yakin Am tak kan jumpa dia pun.. tak kira lah apa pun alasan sama ada relevan ke tak.. tak tahu macam mana boleh jadi apa yang Eira cakap tu jadi nyata.. Alahai budak ni mimpi ke apa.. macam tahu-tahu je, malam kejadian eira langsung tak reply dan angkat call dari Am.. merajuk ke?? padahal dah tahu kan tak akan  jumpa kenapa nak sedih gak kan.. sedih lah kehidupan dia ni.. 

Hari keesokannya, masa budak Eira ni nak pergi makan eh bukan nak pergi makan dah siap bungkus makanan pun.. dia dapat mesej Am cakap nak ajak pergi makan.. tak tahu kenapa la eira ni boleh pula setuju je.. padahal makanan yang dah siap bungkus baru lagi kat tangan.. nak tahu apa maksudnya?? eira ni kalau boleh apa je yang Am ni kata dia akan follow je plus dia pun tak pasti bila lagi dia akn jumpa dengan Am.. Sanggup berkorban apa sahaja katanya.. dia tak nak dibayarkan makan untuknya cukup luangkan masa temankan dia makan sekejap dia dah gembira sangat.. lupa semua tangisan yang lalu.. alahai..

nak tahu kemuncak cerita sedih dia?? cerita fresh lagi di telinga ara ni haa..
tadi sekali lagi masa eira dalam perjalanan nak bungkus makanan Am call dia cakap nak ajak eira pergi makan.. tapi dia ajak kawan dia juga la. So eira pun patah  balik pergi bilik dia.. yang tak tahan tu eira tunggu satu jam kot.. punya lama.. dah la waktu makan dah petang sangat.. alomak.. tapi dia buat-buat sabar je lah kan.. walaupun orang sekeliling dia dah menyentapkan hati dia cakap Am tak kan datang punya.. tapi atas dasar percaya dia tunggu juga.. bertuah punya budak.. aish..masa makan berjalan dengan lancar.. TETAPI.. dalam perjalanan pulang sii eira ni punya laa boleh pulak fikir macam -macam sampai boleh nangis pula tu.,.. nasib baik nangis sikit je.. LOL.. tak ke haru dah la depan kawan dia.. mula-mula ara pun wonder juga apa yang si Eira ni fikirkan sampai boleh nangis pula tu.. alahai..

Sebenarnya kan si Eira ni terdengar perbualan si Am dengan kawan dia.. Selama ni sii eira ni punya la selalu tanya ara kenapa la si Am tak pernah ajak dia nak pergi jumpa dengan Family dia hujung tahun ni.. sebab last year Am ajak si eira ni tak berani lagi, tapi bila fikir balik kalau dia tak pergi jumpa tahun ni mungkin tak akan jumpa sampai bila-bila melainkan ada jodoh diorang dua ni.. kakak si Am ni pun ada suruh Eira pergi tengok dia hari tu.. tapi ini kejadiannya.. Am nak pergi dengan kawan dia.. lepas tu mula lah eira ni fikir bukan-bukan .. kalau nak pergi dengan kawan dia kenapa tak gunakan masa jumpa macam tadi tu dengan sebaiknya kan.. ara pun pelik dengan si Am ni.. kata sibuk.. tapi bila ada masa lapang macam ni sibuk pula bersembang dengan kawan dia.. entah apa la perasaan Eira kat belakang kereta tu .. mesti macam lost je.. 

*The End ( mungkin akan bersambung dan mungkin tidak )

pesanan ara untuk Am : kalau dah tahu masa singkat disebabkan kesibukan dunia kenapa tak guna masa yang ada dengan sebaiknya?? kenapa tetap juga nak buat kawan ara tu menangis?? dia bukan macam perempuan lain nak mengamuk tak tentu pasal. dia suka lagi pendamkan perasaan dia tu sebab tak nak kau terganggu tau...  balik-balik pun dia cakap tak kisah hati dia yang penting kau OK,.. apa pun yang berlaku tolonglah jaga dan faham perasaan dan hati kawan aku k.. aku tahu la kau sibuk sekarang ni dia pun tahu tau.. tapi dia seboleh mungkin faham dan elakkan dari merungut,

Dear my lovely friend ~ jagalah hati tu sebagai mana menjaga hati orang lain.. jangan lebihkan orang lain daripada diri sendiri.. kurangkan menangis... dan jangan lah difikirkan sangat hal-hal yang boleh merunsingkan fikiran tu k.. jaga kesihatan diri k.

pesanan untuk diri dan kawan-kawan lain = belajar lah memahami perasaan orang sekeliling kita.. jangan kerana kesibukan kita kita lupa ada insan sekeliling yang memerlukan perhatian kita sebagai kawan or lain-lain.. 

Credit to my friend.. semoga cerita ni jadi tauladan kepada pasangan yang lain..

#BUKAN ENTRY UNTUK DIBACA UMUM.. KALAU MENYAMPAH DENGAN CERITA NI ABAIkAN JE.. TERIMA KASIH..

ikhlas dari SII CILIK ARA..