Friday, 24 February 2012

CaRta 10 - Sarawakian food





hye ollz.. 
hari ini ara sangat penat.. sebab baru je habis "KENYALANG FAMILY DAY "..
best sangat.. & niadalah 1st aktiviti yang adhoc SARAWAK anjurkan...
berbalik kepada tugasan yang kami dapat sebagai peserta NEXT TOP BLOGGER 1..





Tugasan Minggu Kelapan (22/2/12 – 28/2/12)
AWIE OMAR sinonim dengan segmen CARTA 10. Disebabkan dah tinggal 10 peserta sahaja, maka itu pada minggu depan peserta kena buat satu entri CARTA 10 tentang apa sahaja topik. Macam minggu ni, peserta yang buat tugasan akan berada kedudukan atas dalam carta. Manakala “IMUNITI” pula akan diberi kepada peserta yang entri CARTA 10 nya yang dipilih mempunyai paling banyak komen dari kawan kawan. 

 nampak tak ?? tuu diaa.. actually ara nak coret about kami iaitu peserta NTB1.. tapi macam tak best pula.. & takut orang lain akan buat benda sama,,hee.. disebabkan itu ara ambil keputusan untuk buat entry berkaitan dengan SARAWAK.. memandangkan lama sangat dah ara tak post entry untuk
 * SARAWAKIAN AREA *
betul tak.. ehehe..
Apa-apa pun idea ni lahir dari hati yang suci & ikhlas..boleh pula macam tu kan,, lalalala...
entry yang diberi tajuk CARTA 10 - SARAWAKIAN FOOD ni akan membawa kawan-kawan pembaca sekalian mengenali lebih lanjut mengenai makanan terkemuka keluaran SARAWAK.. chewah..

1 . LAKSA SARAWAK


tahu tak nak buat macam mana?? pandai je buat cuma resepi mama ara.. kalau nak try buat ce try RESEPI INI.. kalau nak tahu sedap ke tak cuba la try buat.. & buat kawan pembaca yang berada di SARAWAK rugi tau kalau tak rasa makanan ni.. sesuai untuk semua peringkat umur kecuali dengan insan yang alah kepada seafood.. hee..

2. KOLO MEE ( KUCHING FOOD )


hee.. sedap.. ara suka sangat..ara pun tak pasti sangat kalau kolo mee ni ada kat negeri lain.tak texplore lagi..hahaha. apa pun mee ni sedap. sekali try mesti nak lagi..lalala..

3. AYAM PANSUH



ayam pansuh?? apa tu tak pernah dengar erk.. ahaha.. unik kan.. ni adalah ayam yang dimasak dalam buluh.. tapi orang zaman sekarang jarang dah kot nak pakai buluh.. biasalah orang dah bekerjaya.. mereka yang kreatif ni ganti buluh kepada masakan stim.. tapi rasanya tak berapa nak rasa peerrgghh nya lah.. ahaha..

4. MIDIN BELACAN



midin tu apa lak??belacan tahu lah.. jangan gabra dulu.. midin tu singkatan or loghat yang orang SARAWAK guna bagi sejenis sayuran iaitu LEMIDING.. dalam bahasa melayu apa erk.. tak tahu pula.. nanti-nanti la ara explore k..

5. IKAN TERUBUK MASIN


actually ni adalah salah satu contoh masakan ikan terubok masin ni.. banyak lagi masakan yang kita boleh masak melaluinya.. try la search ikan ni.. ahaha. yang atas ni contoh ikan terubok masin goreng.. kalau nak bubuh dalam nasi goreng pun sangat sedap.. memang berbaloi..ahaha..

6. UMAI SARAWAK



oh yeah.. one of the most important food.. umai.. sejenis makanan yang dibuat daripada ikan mentah dan di campur dengan bahan-bahannya yang tersendiri sehinggalah menjadi sedap..  bagi yang tak pandai makan tu memang rugi lah.

7. KOMPIA


kompia ni apa natang pula ara.. kompia ni kalau kawan-kawan nak tahu berasal dari masakan kegemaran  masyarakat cina di daerah SIBU.. tetapi sekarang dah menjadi kegemaran semua kaum., hee.. rasa tak payah cakap la. kalau tak sedap ara tak cakap kan.. hehehe..

8. TEBALOI


makin ke bawah makin unik pula nama makanan kat SARAWAK ni kan.. sabar je lah erk.. memang macam tu kot.. ara pun tak berapa tahu dari mana asal usul nama makanan -makanan ni semua..  tebaloi ni makanan tradisi bagi masyarakat MELANAU. sedap sangat.. sekarang ni pun dah ada yang packing dalam bungkusan yang modern ckit.. hee.. tak tahu la kalau ada dipasarkan dekat semenanjung juga.

9. DABAI 


DABAI.sejenis buah yang sangat simple cara permasakan nya...budak sekolah rendah pun tahu masak tau.. rendam dalam air panas je then dah boleh makan.. kalau nak sedap bubuh la gula or garam selepas dah rendam & buang air.. nice kan.. 

10. LINUT a k a AMBUYAT


haa lastly makanan ni maybe tak semua orang la pandai makan.. hee.. tapi ara pandai la.. rugi lak rasa kalau tak pandai.. apa juga la makanan yang ara tak pandai makan kan.. huhuhu.. asal makanan adalah dari pokok rumbia.. boleh dimakan dengan kuah sambal mengikut citarasa orang yang makan.. boleh juga dengan sardin..

alamak sampai tak sedar telah sampai lebih sejam nak siapkan entry ni.. tu lah layan cerita STAIRWAY TO HEAVEN juga,, mesti korunk tak layan kan.. tak pe.. sedih kot sampai nangis..lalalala.. congek..
ok dear, darling sayang entry kali ni sampai sini je erk.. ada masa lagi ara coret lagi k.. 
salam sayang ara untuk semua pembaca.. 
sekian dari sii cilik ara..


notakaki: anda semua dijemput singgah ke aZEEra0n9sh0p.. pelbagai item menarik yang dijual.. 





Wednesday, 22 February 2012

" REMPIT" is everywhere



gambar hanya sekadar hiasan

hye kawan-kawan pada hari yang mulia ini, ara nak kongsi kepada semua mengenai REMPIT.Seperti yang kita semua tahu rempit adalah istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.Rasanya semua orang pun tahu apa erti rempit kan, anak buah ara yang sekolah tadika pun tahu. Jadi rasanya semua orang pun tahu apa yang ara cuba sampaikan.

Berdasarkan tajuk entry ara,everywhere bermaksud di mana-mana pun terdapat aktiviti rempit ini.Tidak kira la istilah yang digunakan adalah lain tapi masih memberikan makna yang sama.Sebagai contoh di negara kita sendiri serta negara-negara jiran seperti brunei , Thailand , Indonesia dan juga Singapura.dan tidak mustahil juga terdapat di negara-negara lain.Seperti yang kita ketahui juga rempit mempunyai pelbagai aksi dan gaya yang mungkin rasional bagi akal kita mahupun tidak.Risiko untuk menghadapi "kemalangan" di atas perbuatan mereka bukanlah penghalang bagi mereka untuk beraksi.Sehinggakan ada sebilangan yang berminat menubuhkan pertandingan rempit.Percaya atau tidak memang betul-betul terjadi.

Pada asalnya , mungkin aktiviti ini muncul bagi tujuan untuk menghilangkan stress , 'to have fun' , untuk menunjukkan bakat di dalam litar dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan asalnya rempit dilakukan oleh golongan yang professional. Tapi malangnya aktiviti rempit ini telah di salahgunakan malah menimbulkan banyak masalah kepada ramai pihak.Antara aksi-aksi yang ditunjukkan adalah seperti menunggang dengan laju, melanggar lampu merah ataupun undang-undang jalan raya,menunggang secara zig zag , melawan arus , dan juga melakukan aksi mengangkat roda.



R E M P I T 
Remaja Enggan Mematuhi Polis dan Isyarat Trafik

Begitulah bentuk akronim yang di bina bagi merujuk kepada aktiviti tersebut.
Mari kita tengok pula 1 gambar yang membuktikan rempit bukanlah hanya di negara kita .


macam ini orang pun ada tau.tak tahu la nak kata macam mana.memang sah-sah REMPIT is everywhere.

Yang ni versi apa erk.. ( geleng kepala )

Taksub sangat dengan rempit kot.

Bila berlakunya sesuatu aktiviti tu mestilah ada kesannya kan.Kalau kesan positif tak pe lah juga kan. ini?? hish-hish.. nak ara nyatakan juga ke apa kesannya.rasanya tak payah kot. sendiri mau ingat la kan..hee..

ok pesanan ara untuk pengguna motorsikal di luar sana. Hati-hati k. jangan sampai menyesal di kemudian hari. sayang semuanya,.

pengakuan : actually ara nak minta maaf kepada pengarah sebab minggu ni ara lambat sikit nak post entry seperti yang di arahkan. luckly ara dah ada senarai tajuk cuma huraian susah nak tafsir & tak tahu kenapa ara pilih tajuk ni. Alhamdulillah walaupun sekarang ni ada sibuk sikit ara masih mampu menyediakan entry-entry walau tak best pun. ( sentap ).
Dan seperti yang diminta dengan rasmi ara nyatakan bahawa entry ini " KHAS UNTUK NEXT TOP BLOGGER 1 -EPISOD 7 "..
buat kawan-kawan yang ingin mengikuti perkembangan game ni bolehlah melayari laman blog AWIE OMAR .

Ok sekian itu sahaja dari sii cilik ara.
Wassalam.


Tuesday, 21 February 2012

Rambut pendek artis wanita yang memukau hati aRa ::






:: Agnes Monica

ingat lagi tak 1 ketika dulu, famous sangat tau fesyen rambut ni.. memang la ramai artis yang berambut macam ni.. tapi ara tetap nak pilih AGNES MONICA sebab memang dia ni artis pujaan hati ara.. suka sangat style dia.. semua style rambut dia cantik plus sweet.. actually semua orang pun boleh kalau nak memiliki rambut macam ni tapi kena tengok juga sesuai ke tak dengan wajah kita kan.. jangan main belasah je..  +++ ( ara suka tengok colour rambut dia dalam gambar tu )




:: ADIRA AF8

HOT + SUPERB . hanya dua word tu yang mampu ara katakan bila tengok rambut terbaru adira.. ada tak  yang sama perasaan dengan ara.. hee.. sekali tengok macam bukan dia kan.. dah la memang sedia cantik.. tambah cantik dengan rambut baru.. geram tengok lagi-lagi bila style KOREA terserlah di situ..hahaha.. MR SAYANG kita pun suka rambut adira..loike.. colour rambut pun sesuai dengan ton muka.. kalau rasa macam tak match dengan muka tak payah la k nak colour2 rambut..hee..

:: YANA  a k a ANJE

kenal tak akak kat atas ni.. mesti masih terbayang kan wajah dia dalam cerita BINI-BINIKU GANGSTER.. best kan watak dia dalm cerita tu.. tapi yang menarik minat ara bila tengok rambut dia ni., sesuai sangat dengan muka dia.. nampak kecomelannya.. hee.. siapa setuju?? ara panggil fesyen rambut macam ni " rambut epal"..heee..

:: BUNGA CITRA LESTARI

alamak tiba-tiba lak teringat kat kawan ara ,ayu.. dia pernah buat rambut macam ni,, sebelah panjang sikit.. cantik kan.. bunga ni rambut panjang ke pendek ke cantik je ara tengok.. betul kan.. cakap pasal dia ni rupanya dia dah ada anak..alamak ketinggalan zaman pula ara ni.. entah-entah dah besar anak dia kan..  

:: ERRA FAZIRA

boleh lah.. ara bagi 3 bintang daripada 4 bintang..hee.. bukan nya apa..ara tengok erra cantik lagi kot rambut tak pendek.. bukan tak nice dia rambut pendek tapi ada kala macam tak nampak menarik.. ada juga macam tu kan.. entah apa-apa la yang ara mengarut ni kan..

ok guys macam tu je kot yang memukau hati ara.. ara kalau nak buat rambut macam tu jangan harap la.. memang tak kena dengan wajah yang tak cantik ni.. humble pula..ahahaha..
ok sekian dari sii cilik ara..
wassalam

notakaki: anda semua dijemput singgah ke aZEEra0n9sh0p.. pelbagai item menarik yang dijual.. 





Sunday, 19 February 2012

sweet sour memory ♥ ✔




hye everyone.
eh berhabuk blog ara 2 3 hari ni..
memang tak dapa dinafi la bila jejak kaki balik uni semula busy memanjang..
tapi berbekalkan sokongan kawan2 blogger yang lain..
ara tetap akan update walaupun tak sekerap masa cuti hari tu..

sampai je UUM 
krringggg,, krriiiingggg

A    : jom jalan esok
ara : nak pergi mana? penat lagi la..
A  : alaa bukan lama pun..jom la sementara kelas masih belum jalan sepenuhnya..
ara : tengok la esok macam mana.kalau larat ara pergi la k..
  
7.00 am : krriinnnggg kriinngg.. pergi mandi 8.30 ambik..
( malasnya ,, mode masih penat  tapi keterpaksaan sebab tak nak hampakan orang tersayang )

gambar curi dari en google ok.. maaf pix x berapa ok..

dengan wajah yang penat ara gagahkan juga la kan..
Langkawi  here i come.sampai je langkawi memang dahsyat ramai sangat orang.. tapi nasib baik la ada uncle tu offer kereta sewa.. kira lepas sudah lah kan 1 beban di kepala..tinggal nak cari tempat tinggal.. masuk dalam kereta ara rasa macam berada dalam rancangan THE AMAZING RACE yang dekat AXN tu pula.. dengan map kat tangan..aiya.. ada map kat tangan pun boleh sesat tau..dahsyat.. nak cari hotel nya pun dah berejam.. masa 1 hal bayaran pun 1 hal juga.. ada yang mahal sangat ada yang ok tapi penuh pula.. almaklum la  hujung minggu kan memang ramai la orang yang nak pergi honeymoon & holiday... finally ara & the geng opun jumpa hotel..harga pun boleh tahan..tak mahal sangat tak murah sangat.. petang tu kitorang pergi cable car..pewwiiitt.. malangnya pergi dengan orang yang gayat..aha..memang parah.. tapi best juga..lawak tengok muka gayat diorang..ahaa.. tapi tak boleh juga nak kutuk sangat..dah memang gayat nak buat macam mana kan.. walaupun orang tu macho sangat.. hilang macho naik cable car.. dekat atas tu ara terkejut tengok ada seorang nenek masih mampu meredah jalan yang berliku dan memenatkan.. sedangkan ara yang umur muda macam ni pun dah kepenatan..harap je lah nenek tu selamat sampai dan kembali.. gembira tengok kesungguhan nenek tu.. balik dari cable car.. member ajak mandi tapi kepenatan sangat rasa macam nak demam woo.. pening sangat kot.. tapi tak layan sangat..rugi la kan pergi jauh-jauh tapi sekadar duduk kat hotel.. kitorang pun habiskan masa jalan-jalan di langkawi.. rasa macam bukan berada di malaysia bila tengok warga asing lebih banyak dari orang kita.. tak pe lah pelaburan bagus sangat untuk ekonomi negara kita..hee..
yang sweet nya bila boleh jelajah negeri orang..yang sour nya pula bila jalan dalam keadaan yang tak berapa sihat.. tapi apa pun thanks god sebab masih bagi ara kekuatan dan permudahkan perjalanan ara..

ok dude..ara dah penat dan nak rehatkan diri..ok kan.. ada rezeki nak g langkawi lagi.. jom la share dengan ara apa yang menarik di langkawi.. next time ara pergi situ pula,.hee.. aminn.. k la sayang sekian dari sii cilik ara.. sekian. wassalam..





Thursday, 16 February 2012

sudah tiba masanya~



hye ollz.. 
sedih untuk ara ungkapkan..
16 /02 / 2012
tarikh yang akan membawa ara jauh dari kampung..
uwarrrgghhh.. kenapalah habis cuti ni cepat sangat muncul kan..
kalau nak tunggu cuti tiba lama sangat rasanya..


tanpa sedar U telah menyeru anak-anak siswa siswi untuk kembali ke pangkal jalan..
tak sabar sungguh U ni kan..

kalau nak tahu masuk U nanti ara akan masuk ke alam semestar baru.
SEMESTER DUA
diharapkan agar sem baru ni nanti akan menjadi lebih baik dari sem lepas.
doakan yang baik-baik je untuk ara nanti k..

BYE -BYE LAWAS.
BYE-BYE SARAWAK.
BYE FRIENDS
BYE PARENTS

sekian dari ara untuk hari ni.. balik U nanti ara update lagi k..
Salam dari sii cilik ara untuk semua pembaca..




Tuesday, 14 February 2012

just saying :)



hye kawan-kawan..
bosan pula ara malam ni..
kesiankan teman ada pun line pula tak elok..
entah apalah nak jadi..

pertama sekali : ara nak ajak kawan-kawan jenguk blog tuan pengarah ni k..
bukan nak bodek2 ok.. ara memang suka nak promote2 ni..
feel free to visit this link yaa..
AWIE OMAR

keduanya : actually malam ni ara tak ada modal nak dijadikan cerita..
tajuk dah ada tapi nak hasilkan entry tu amat susah..hee..
lain kali lah k..tunggu ilham muncul..

ketiga : sebenarnya ara baru sedar yang hari ini valentine day..ahaha.. tu la lama tak berhadapan denga n dunia luar..ceh padahal baru semalam online,,ngee..tak penting pun kan buat kita yang ISLAM ni.. kalau ingat balik sedih pula dulu pernah juga wish kat orang .

keempat nya : sekarang ni ara dah rajin nak download game2..hee.. ada tak siapa2 yang tahu benda alah ni..maksudnya kat mana download & game apa yang best2..
jom la bagi tahu ara..k2..

kelima : mata dah seru untuk dilelapkan..hee.. ok sayang2..goodnight..
SALAM


Sunday, 12 February 2012

Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus



ohai everybody.. terkejut macek bila my lovely sister.. merangkap kawan terbaik ara tag ara untuk satu contest..wah meriah sangat..actually contest tu untuk happy faces.. alomak ara ada ke muka-muka yang happy macam tu.. no need to worry..ara pun go on je la kan..
jom ara ajak kawan-kawan tengok sapa lah penganjur bertuah ni kan.. bertuah la sebab ni 1st time ara join contest macam ni..aha.. *gelak jahat*


haa..macam tu baru nampak meriah muka kan,.tu la penganjur contest ni..sila-sila lah jenguk blog beliau k. just click picture tu. seriously ara tak tahu nak letak picture yang mana satu & finally ara jumpa pix ini.. ingat lagi tak?? aha..
nampak tak wajah-wajah ceria kat dalam gambar ni..aha..seronok sangat time ni bila boleh jumpa dengan kakak & abang senior. gambar ni gambar time ara join introduction camp SRM.. kalau nak tahu ni lah satu-satunya kem yang ara join dekat UUM..
coming soon maybe.huhu..k done.

lepas tu nak buat apa erk..haa tag la 3 orang kawan lagi kan.
 * Lady Ainaa
* Qyrn Dishdush
* k. Anim Farahin

 nota kaki : kalau ada yang berminat nak join contest ni.. ara suggest korang lawat la blok penganjur k... jangan lambat sangat ..contest ni available till 29 Feb je. ok sekian dari sii cilik ara.


indahnya sebuah pujian

Assalamualaikum everybody..
ceh speaking sakan..
malam yang gelap gelita ni ara nak beremosi sikit..
boleh tak kawan-kawan??

berbalik kepada tajuk asal kita.. ara nak kongsi tentang pujian., kalau nak tahu majoriti dalam kalangan kita merasakan pujian adalah satu perkara yang sangat indah.Dan ara pun bersetuju dengan pilihan majoriti ini.
mesti sekarang ni banyak sangat persoalan dalam minda korang kan.memang ara tidak akui sedikit sebanyak pujian itu juga salah satu akar kepada kejahatan.hal yang negatif ara cerita lain kali k..jikalau berkesempatan.malam ni ara nak cerita yang indah-indah je boleh kan..


Indahnya pujian dari seorang ibu ,ayah dan keluarga kita.
yang ni ara banyak belajar dari cerita "AKU TAK BODOH " kalau berkesempatan ara galakkan korang tengok la cerita tu.sangat banyak pengajaran yang boleh kita ambil.setuju atau tidak kita sebenarnya tidak boleh lari dari hakikat bahawa kita inginkan pujian.dari sudut positif sebuah pujian boleh memberikan semangat dan keyakinan dalam diri kita sebagai seorang anak.sokongan dari keluarga amatlah penting kerana itulah tunjang kekuatan kita.lagi-lagi zaman sekarang ni remaja macam ara ni bukan boleh di ajar lagi dengan kekerasan.


indahnya pujian dari seorang kawan
kawan.kawan bagi ara adalah orang kedua terpenting dalam kehidupan ara.jangan pertikai pula k. Allah yang maha satu tu ara letakkan istimewa di dalam hati.ok ara nak tanya sikit.kalau kawan kita puji kita apa yang korang rasa?? happy tak?? kalau jawapannya tak sama dengan ara,ara tak tahu la nak cakap macam mana k. indahnya sebuah pujian itu jikalau ditambah dengan keikhlasan dan bukan semata-mata inginkan sesuatu sebagai balasan.


indahnya pujian dari seorang pendidik
yang ni ara sangat setuju.kerana terjadi dalam diri ara.ara suka sangat kalau pensyarah ke cikgu ke suka dengan hasil kerja kita dengan memberikan kita satu pujian.seriously itu sungguh bermakna buat diri kita sendiri setelah bertungkus lumus membuat sesuatu kerja yang diberikan.ara anggap hasil tangan yang kita usahakan dihargai. lagi ara suka kalau pujian tu disertakan dengan teguran ..ini untuk kebaikan di hari akan datang moga-moga kerja seterusnya dapat dilakukan dengan lebih baik.

cukuplah tu kot 3.ara rasa penat sangat la ..ni pun curi masa sikit nak tunaikan niat hati post entry ni.
so kawan-kawan merendah diri itu baik tapi biarlah ada had,jangan sampai memburukkan diri pula.tak baik tau. pesanan iklas dari penaja sedekahkan lah pujian dengan ikhlas. ok nak yang baik-baik je k..
tak mahu yang jahat-jahat..

iklas entry ini disampaikan oleh sii cilik ara tanpa copy paste.idea datang dari hati..chill everyone,
SALAM



Monday, 6 February 2012

SAY NO TO "hate people"


Assalamualaikum pembuka bicara..
pada malam yang ceria ini ara nak ajak kawan-kawan sambil memberi peringatan kepada diri ara sendiri mengenai satu sifat buruk yang pernah ara rasai.. semoga entry ini akan menjadi tauladan kepada kita semua..dan sebelum ara memulakan elok kiranya ara menyusun sepuluh jari andai kata kata-kata ara akan mengguris hati dan perasaan yang lain.. dan kepada yang terasa maafkan lah diri ini..sesungguhnya ara dengan niat baik untuk berkongsi segala cerita dan mengharap respon yang baik dari kalian semua.

menurut tajuk entry ara kali ni , ara mengajak semua orang agar jangan membenci orang..


#jangan membenci wanita lain atas alasan "LELAKI'
Dulu waktu sekolah menengah ara pernah membenci seorang wanita yang lebih tua daripada ara kerana sayangkan seorang lelaki yang belum tentu akan menjadi suami ara,,
hari-hari yang ara lalui ketika itu penuh dengan kebencian.. di mata kasar ara apa pun  yang wanita itu buat semuanya tidak kena.. dan atas dasar benci setiap hari juga wanita malang itu menjadi bahan umpatan.. apa yang ara dapat dengan menbenci dia??nothing kawan-kawan.. dapat dosa adalah..
lama kelamaan ara sedar dengan membenci membuatkan diri dan hidup ara tak tenang..dengan bantuan kawan-kawan di sekeliling ara,ara lupakan kebencian ara dan meneruskan hari-hari tanpa sedetik pun benci.. yang ada hanyalah positif.dan dengan izinNya Alhamdulillah hati ara jadi tenang selepas tu..dan ara bersyukur ketika itu tuhan bagi petunjuk bagi ara selesaikan masalah ara.. KITA TIDAK LAYAK MENGHAKIMI PERBUATAN ORANG LAIN .buat wanita itu,ara minta maaf sangat-sangat..ara khilaf dengan nafsu.. dan ketahuilah ara tidak menyimpan apa-apa dendam ataupun yang sewaktu dengannya..

#jangan terlalu membenci lelaki kerana pandangan negatif 
cerita ni terjadi semasa ara sekolah menengah juga,,ara benci sangat dengan seorang mamat yang kemudiannya menjadi sayang..mungkin selalu kita dengar situasi ini,,dan seakan tak percaya diri ara pun mengalami benda yang sama.. ara benci sebab mamat ni nakal sangat waktu sekolah dulu,,kalau difikir balik malu dengan diri sendiri mesti waktu kita benci orang tu kita kutuk dia macam-macam kan..tup2 jadi awek dia pula..mana nak buang semua kutukan tu?boleh telan balik ke..

#jangan membenci keluarga
kejadian ni terjadi dari ara mula belajar sehingga tamat pengajian di sekolah.. berat untuk ara ceritakan tapi sekadar untuk perkongsian dan pengajaran .. ara benci dengan seorang pakcik ara.setiap kali keluar keputusan peperiksaan dia mesti marah ara.itu tak kena ini tak kena..baik buruk keputusan ara memang dia akan marah juga..pendek kata semua yang ara buat tak betul.. bila menginjak zaman kematangan ara sedar pakcik tu marah bukan sebab bencikan ara walhal dia nak yang terbaik untuk ara.dan hasilnya ara   capai cita-cita nak masuk universiti.

selesai sudah cerita ara untuk kali ini,,diharap cerita ini dijadikan tauladan untuk kita semua..dan berdoalah moga kita dijauhkan dari kealpaan dan sifat hasad dengki sesama manusia..Aminn..
ikhlas dari sii cilik ara..SALAM
MOHON MAAF PENUTUP CERITA~


ish2... ini keputusan saya

Assalamualaikum..
sudah beberapa hari tidak menaip..
kerinduan terhadap "my pinky blog" semakin membuak-buak..
~ara, nak entry best... karanglah entry yang best.~
suara hati berkata-kata.. entry-entry yang rasional biarlah ara taip pada waktu yang sesuai k,.,
not now..
ara sekarang tengah dalam mood kejiwaan..
"cintan cintun la teww"..ahaahahaha..
semestinyaa..lama dah tak cerita pasal tu kan..
bagi peluang ara nak bermanja ok...
haa entry yang ni tak wajib baca..tapi kala nak baca ara alu-alukan..
wuisshh2,, ara punya MR SAYANG kan minat kat STACY..
ara tak suka la.. kalau layan macam tu je boleh la..
kalau nak kata minat sangat tu.. ~jauh panggang dari api..
bukan apa kawan - kawan..asal tengok je mesti geram..
gaya SEPESEN dengan my lovely sista AGNES MONICA..
walaupun mungkin kenyataan nya bukan begitu..lalalaa..
baru-baru ni MR SAYANG cakap minat kat ADIRA..
yang ini ara setuju sangat..sokong 101%
hahahaha..
jadinya.. kalau dia cakap pasal STACY memang ara tak layan arr..
ahahahaha..
tapi sejujurnya suka juga la lagu dia..cuma tengok tak lah..
ok tu je..nanti kalau ada masa ara buat entry best k..
SALAM..

Wednesday, 1 February 2012

bilik idaman pilihan hati ARA ~

Assalamualaikum semua..

di tengah hari ini ara nak kongsi 5 buah bilik yang menjadi pilihan hati ara..
chomei tak chomei itu pilihan hati ara ok.
dari ara kecil lagi ara nak bilik secomel bilik -bilik ni..
jom tengok macam  mana rupa bentuk bilik pilihan hati ara tu..

**********
eh..yang ni bukan ok.. ara nak masuk pun takut kalau bilik macam ni.


# merah gitu..like it..



# polka dots pilihanku..just nice ~


# tak nampak budak sangat..weee..

# wahh..sweet sangat..


# purple yang ku cinta ~

# ok done.. harap-harap kalau ara tak dapat decorate bilik macam ni , soon my little baby got it..
ok sekian dari saya sii cilik ara.. jom share link cerita menarik dengan ara..loike it..
SALAM..