Tuesday, 31 January 2012

WajaR @ tidak ????




Assalamualaikum semua..
Entry ke 3 utk hari ini..
semangat pula kan..

wajar @ tidak?? apa tu ara??
kisahnya bermula begini, (amboi macam cerita dongeng pula kan) ~jangan mengarut lah ara..
sebenarnyakan ara sekarang dalam dilema sikit..
tak tahu sama ada wajar atau tidak ara CONFIRMKAN friend request dekat FB..


eh apa masalahnya ara??
kan wajar je kalau orang add kita confirm lah..
kalau tak confirm nanti orang cakap sombong pula.
wajar ke ara nak approve KAWAN yang dah unfriend ara??
punca tidak dapat dikesan..


macam mana ara tahu kawan tu unfriend ara?
entah-entah dia memang tak pernah add ara..
haa?? amatlah mustahil ara yang tekan button confirm tak kan ara lupa kan?
kalau satu dua tak pe..ni macam lebih 5 kot..
~ dengan andaian mungkin mereka ini tak suka berkawan dengan ara,,


tapi kenapa add balik??
ni yang jadi kemusykilan..
dah unfriend add balik..rasa-rasa kalau ara confirm entah esok lusa dia unfriend balik kan..

tolong ara kawan-kawan...
kebingungan plus kesedihan... entah di mana silap ara kan..
wajar @ tidak ara confirmkan??
ara perlukan pendapat rakan blogger lain..

sekian dari saya sii cilik ara yang dalam kebingungan..



Edisi 7 : Loghat SARAWAK

Assalamualaikum ..
hye kakak,abang, adik ,mak cik pakcik...apa khabar??
rasanya berdebu dah page ni ara tak tengok..
jom temankan ara bersihkan sikit page ni...
page la kan sebab nanti ara nak letak dalam page SARAWAKIAN AREA
jom belajar dengan ara 10 perkataan untuk hari ini..

 10 words for today ~
  • KEMPANG ATI = SAMPAI HATI
  • BULAK = TIPU
  • PALUK = PUKUL
  • ANGOL = PENING
  • SEGAL = DISEBABKAN
  • DUDI = KEMUDIAN
  • GERUK = LEHER
  • BEROLAH = NAKAL
  • TAPAK = PINGGAN
  • INGGA = MENYAMPAH

# ok done..eheh..
SAYA SUKA BAHASA SAYA.
sekian dari saya sii cilik ara..
SALAM.

CuRsor bergerak dengan perkataan ~

Assalamualaikum kawan-kawan..
hari ini ara rajin sikit nak penuhi permintaan kawan  kita..

ok tanpa membuang masa jom ara ajar benda yang ara tahu ni k..
kalau benda lain yang tak ada dalam blog ara jangan tanya k..confirm tak dapat jawab.
step-step yang perlu diikut..

  1. Sign in blogger > go to Design / layout > add gadget > Html/javascript
  2. copy code di bawah & pastekan di dalam   Html/javascript
<style type="text/css">
/* Circle Text Styles */
#outerCircleText {
font-style: normal;
font-weight: normal;
font-family: 'comic sans';
color: #FF0080;
position: absolute;top: 0;left: 0;z-index: 3000;cursor: default;}
#outerCircleText div {position: relative;}
#outerCircleText div div {position: absolute;top: 0;left: 0;text-align: center;}
</style>
<script type="text/javascript">
;(function(){
var msg = "AYAT YANG NAK DILETAK";
var size = 24;
var circleY = 0.75; var circleX = 2;
var letter_spacing = 5;
var diameter = 10;
var rotation = 0.4;
var speed = 0.2;
if (!window.addEventListener && !window.attachEvent || !document.createElement) return;
msg = msg.split('');
var n = msg.length - 1, a = Math.round(size * diameter * 0.208333), currStep = 20,
ymouse = a * circleY + 20, xmouse = a * circleX + 20, y = [], x = [], Y = [], X = [],
o = document.createElement('div'), oi = document.createElement('div'),
b = document.compatMode && document.compatMode != "BackCompat"? document.documentElement : document.body,
mouse = function(e){
e = e || window.event;
ymouse = !isNaN(e.pageY)? e.pageY : e.clientY; // y-position
xmouse = !isNaN(e.pageX)? e.pageX : e.clientX; // x-position
},
makecircle = function(){ // rotation/positioning
if(init.nopy){
o.style.top = (b || document.body).scrollTop + 'px';
o.style.left = (b || document.body).scrollLeft + 'px';
};
currStep -= rotation;
for (var d, i = n; i > -1; --i){ // makes the circle
d = document.getElementById('iemsg' + i).style;
d.top = Math.round(y[i] + a * Math.sin((currStep + i) / letter_spacing) * circleY - 15) + 'px';
d.left = Math.round(x[i] + a * Math.cos((currStep + i) / letter_spacing) * circleX) + 'px';
};
},
drag = function(){ // makes the resistance
y[0] = Y[0] += (ymouse - Y[0]) * speed;
x[0] = X[0] += (xmouse - 20 - X[0]) * speed;
for (var i = n; i > 0; --i){
y[i] = Y[i] += (y[i-1] - Y[i]) * speed;
x[i] = X[i] += (x[i-1] - X[i]) * speed;
};
makecircle();
},
init = function(){ // appends message divs, & sets initial values for positioning arrays
if(!isNaN(window.pageYOffset)){
ymouse += window.pageYOffset;
xmouse += window.pageXOffset;
} else init.nopy = true;
for (var d, i = n; i > -1; --i){
d = document.createElement('div'); d.id = 'iemsg' + i;
d.style.height = d.style.width = a + 'px';
d.appendChild(document.createTextNode(msg[i]));
oi.appendChild(d); y[i] = x[i] = Y[i] = X[i] = 0;
};
o.appendChild(oi); document.body.appendChild(o);
setInterval(drag, 25);
},
ascroll = function(){
ymouse += window.pageYOffset;
xmouse += window.pageXOffset;
window.removeEventListener('scroll', ascroll, false);
};
o.id = 'outerCircleText'; o.style.fontSize = size + 'px';
if (window.addEventListener){
window.addEventListener('load', init, false);
document.addEventListener('mouseover', mouse, false);
document.addEventListener('mousemove', mouse, false);
if (/Apple/.test(navigator.vendor))
window.addEventListener('scroll', ascroll, false);
}
else if (window.attachEvent){
window.attachEvent('onload', init);
document.attachEvent('onmousemove', mouse);
};
})();
</script>
# ok done..save..

p/s: sebelum save tukar tukar la ayat yang ara highlight tu kepada ayat yang nak di letak k..code colour pun boleh tukar ikut kemahuan kita. SINI

kalau dah siap bagitahu ara k.. & kawan yang lebih arif kalau ara tersilap tolong perbetulkan erk..


Monday, 30 January 2012

tahniah wahai entry #@%^$&UI

Assalamualaikum..
tidak terlambat bagi ara untuk ucapkan tahniah kepada diri ara sendiri..
kerana??
berjaya mngekalkan diri dalam game NEXT TOP BLOGGER yang telah ara uar-uarkan sebelum ni..
telah 2 orang rakan peserta yang tersingkir,.tapi memang adat pertandingan..
ada menang ada kalah..
terima kasih tuan pengarah kerana jadikan entry ara top 3 bagi episod yang ke 3.
tu je ara nak cakap..hehe..
muka bahagia..
salam.

CORRECTION ♥

Assalamualaikum..
sudah lama rasanya ara tak menjenguk blog ni..
tapi ara sentiasa ada untuk terus menyokong NEXT TOP BLOGGER..
haa..berbalik kepada tajuk asal..
kepada warga sekalian alam ara nak membuat "correction " atas kesilapan yang tak tahu la sama ada sengaja @ tidak..
HANYA DIA YANG TAHU..
baru beberapa minit yang lepas ara terima satu bungkusan kiriman DIA yang baik hati sanggup menolong ara..
malangnya bila ara tengok alamat..sungguh memilukan hati..
terkilan sungguh..
patutkah warga MALAYSIA tidak tahu mengeja nama negeri dekat negara kita ni..
ara nak tunjuk sikit sample ejaan yang ara nak tolong perbaiki..


nampak tak apa yang terjadi.. perhatian warga dunia ara orang SARAWAK ok..
not SERAWAK ..
ok done with my "correction" entry..
salam dari saya sii cilik ara..






Monday, 23 January 2012

Happy cHinese New yEaR **


Assalamualaikum para sahabat yamg tidak jemu-jemu menjenguk blog ara yang tak berapa nak cantik ni. .. ( humble )..wink2*
aha semangat kan ara pagi-pagi menaip..
olala..macam tak biasa kan,,tapi hari ini berbeza tau dari hari biasa..
nak tahu kenapa???sebab hari ni warga cina akan sambut tahun baru cina..
eleh macam ara tak tahu..cina yang sambut new year semua bangsa semangat nak bercuti..
berlandaskan alasan 1 MALAYSIA..
ow yeah...

peewwiitt..meh sini ara cerita sikit pasal cina ni..
selalu ara pergi mana-mana kan mesti orang tanya.." eh ara ni ada darah cina ke?putih semacam je"
buat pengetahuan semua..memandangkan family sebelah ayah ara ni macam dah tak tentu hala..
so ara tak berapa nak sure la..
cuma ayah ada cakap nenek-nenek dulu ada kot..
bukan nak perasan tau jadinya oleh kerana ada sedikit jadinya ada lah juga kan..
hehe..

sudahlah ara..tu pula cerita dia..ahaha..
haa.ara nak cerita pasal tahun naga..kenapa tahun naga pula??
sebab tahun ni tahun naga bagi masyarakat cina..
eh kawan-kawan bukan sebarang naga ok..naga air lagi..
naga air ni adalah haiwan yang kelima daripada 12 haiwan dalam zodiak cina..
zodiak cina ok bukan zodiak yang selalu kita main tu..tak tahu apa alaa yang cancer,aquarius ,sagittarius & etc..
dikatakan pula ia lahir pada 23 jan..patutlah raya cina tahun ni jatuh pada tanggal 23 /01/2012 kan..
erm..kalau nak tahu naga ni merupakan lambang yang paling tersohor dalam mengecapi kebahagiaan dan kejayaan dalam masyarakat cina...kenapa pula tu??
sebabnya,mereka percaya bahawa tahun baharu ini akan membawa rezeki yang melimpah ruah bagi mereka yang dilahirkan pada tahun naga..
bagi sesiapa insan yang kononnya bertuah dilahirkan pada tahun naga ini dikatakan mempunyai ciri -ciri seperti bersifat positif terutama dalam bidang keusahawanan,artistik, inovatif , berkuasa , bersemangat dan bertuah..dalam baik ada buruk juga tau.. iaitu cepat marah dan angkuh..
ahahaha..

lepas baca ni , kepada sesiapa yang lahir pada tahun naga tu cuba tanya diri betul tak ada ciri-ciri macam tu.. yang baik tu teruskan & yang tak baik tu elakkan..

tak ingat lahir tahun apa??pulak dah...meh sini tengok-tengok dengan ara ok..

hehe..ok da tahu kan??
k lah tu je lah pengetahuan yang ada pasal cina ni.. nanti ara tanya lagi dengan kawan-kawan cina ok..

Tidak lupa ucapan SELAMAT TAHUN BARU CINA ara ucapkan kepada sahabat kesayangan ara.
HILDA CAROL..

setakat tu je lah yang mampu ara lakar buat entry kali ni..
sekian wassalam..




Sunday, 22 January 2012

Gelagat Pengguna FB yang ARA kurang gemari

Assalamualaikum..
Hye semua..
Macam mana cuti cina kali ini??meriah tak..
Eh apalah ara ni orang baru nak sambut esok kan..saja ja.
Bukan semua orang sambut raya cina pun kan..hehe..
Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni ara nak cerita sikit antara gelagat-gelagat yang tak berapa ara nak berkenan dalam hati..
Al maklumla kita pun manusia juga punya perasaan kan..
Dan tak semestinya apa yang ara buat orang akan suka..
Terpulang kepada individu itu sendiri..
Kita ni nak berkawan dengan orang dan biarlah kita menerima orang tu dengan ikhlas hati..
Jom terjah untuk kepastian..
Pertama sekali, ara tak berapa suka bila ada orang nak update status dia senantiasa..
Secara logik akal memang tak ada salahnya..tapi bila dah sampai setiap perbuatan nak bagitahu..
Tu dah lain beb..sebagai contoh 1 minit lepas kata nak masuk kereta.
Lepas tu pula keluar status dah dalam kereta..
Pening doo..sometime benda yang tak patut inform pun bagitahu juga..
Rimas betul dengan orang macam ni..< Maaf kalau ada yang terasa >

Kedua, bila orang tu baru je lepas putus cinta..
Mak aihh status mesti mengarut-mengarut..kita yang tengah baca news feed ni lah yang jadi mangsa..
Perlu ke lepas break nak bagi tahu seluruh dunia..
Siap buruk-burukkan pasangan lagi..
Cool la beb.. Mana tahu kemudian hari hubungan yang tadi nya putus boleh di pulihkan..
Jadi tak de lah haru sangat kalau tak post yang bukan-bukan..

Ketiga, bila mana orang itu memburukkan kawan sendiri..
Wah ni tak boleh tahan..sorry to say la..ara ni kalau part kawan sensitif sikit..
Tak perlu la nak burukkan orang sangat kan..
Just perbaiki kelemahan diri..
Setiap orang di dunia ini punya kelebihan dan kelemahan..
Tak perlu pertikai ok..

Keempat, saat orang update status yang berunsur-unsur lucah.termasuklah bahasa kesat..
Tolonglah faham pengguna FB sekarang bukan orang dewasa sahaja...
Kanak-kanak sekolah rendah pun dah ada tau..
Kesan tak elok untuk mereka-mereka ini..


Kelima, bermesra-mesraan dengan pasangan..
Omg..dah-dah la weh..orang lain pun bercinta juga..
Kalau yang ringan-ringan tu tak kisah la sangat..
Ni tak,sampai bab-bab tak berapa nak sesuai dikongsi dengan orang ramai pun nak bagitahu..

Tak elok la kalau orang nak kritik hubungan kita dengan pasangan kan..
Kalau kritik elok tak pa lah.kalau kena yang negatif percuma dapat dosa kecil..

Keenam, di kala..malam bulan mengambang..ahaha..
Tak de lah main je..cukup lah sampai lima..tak suka panjang sangat..
Nanti kawan-kawan bosan pula kan..ehe..
K la..maaf kalau ada yang terasa..kalau ada silap tegurlah ara k..
Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..
Sekian dari sii cilik ara..
SALAM..
`°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°``°``°•.¸¸.•°

.,-)))),
q" _ _)
( _ )
_.>("¡")

Friday, 20 January 2012

tak ku sangka tak ku duga

Assalamualaikum si cantik si handsome..
Hari ini ara nak bagitahu kat kawan-kawan apa perkara yang menjadi post tittle ara tu..
Entah apa-apa lah kan..
Kisah bermula begini..ayoo skema pula
Tak sangka tak ku duga first game yang ara join ara tidak DISINGKIRKAN..
Alamak game apa pula yang ada main singkir-singkir ni..
Macam akademi fantasia ada,maharaja lawak pun ada.
Ara tak da bakat la kawan nak join game macam tu..

Suara pun tak lepas microphone..ahaha..
Nak belawak tak pandai punya..
Haa hari tu kan dah bagitahu ara join NEXT TOP BLOGGER..
Walaupun untuk episod 1 yang lalu ara cuma dapat kedudukan yang ke 12/16..
Ayoo..nyawa-nyawa ikan je kan..never mind..
Ara tetap bersyukur sebab ara tak pernah pun & tak da pengalaman lah.
Ok tamat cerita NEXT TOP BLOGGER..

Semalam ara pergi open chat group untuk kawan-kawan seBlACKBERRY dengan ara..
Tak ku sangka tak ku duga ramai juga kawan-kawan ara guna BB..
OMG..bahagia sangat..actually 2 kali dah ara on group bbm chat..
Skali tu ramai juga kawan-kawan..sempat ice breaking..
Semalam ni lagi best sebab semua kawan-kawan sekolah menengah yang ada bbm turun padang..
Warrrgghhh..rindu sangat dengan mereka ini.
ok tamat cerita BLACKBERRY..

Semalam 19hb ara start tengok cerita korea yang bertajuk 'PASTA'
Just nice..tak sangka tak ku duga ara dah tengok sampai episod last.
Aiyo.tapi faham-faham la seharian kot duduk depan laptop.
best sangat cerita tu..warrrggghhh...
Awesome..
Ok tamat cerita PASTA..

Eh ada lagi ke??aha.cukup la 3 kan..di kesempatan ini ara nak wish
"Happy 20 to my MR. SAYANG"
'Sowie lambat wish.lupa pula hari ini 20hb'ohoho..
K arr out dulu..SALAM

Tuesday, 17 January 2012

Rambutan VS Durian = DEMAM %¥@¤*

Assalamualaikum ..
Hurm..maaf erk ara dah hilang dalam dunia berblogging 2 3 hari ini..
Ahaha..malaz ke?bukan lah..
Ara dah kehilangan punca wifi.
Almaklum la dekat universiti kan ara guna wifi SERINDIT UUM..
Berguna sangat tau..aha
Ara dah beli broadband tapi malangnya baru sampai semalam..
Ara pula dah ada dekat kampung..
Tak ada jodoh.aha..
Nasib baik ada handphone kan..ngee..
Thank you so much to my BLACKBERRY Kerana dengan ada nya..
Ara masih dapat post ceritera Sii cilik ara kan??
Kalau kawan-kawan kat sini ada BB meh la kita bbm..nice..
Eh jauh pula lari tajuk dengan intro..
Tak pe lah..
Semalam sampai rumah ara di sambut dengan buah rambutan & langsat.
Hari ini pula tengok luar rumah banyak sangat buah durian..
Dah macam nak jual pula..tak faham dengan orang yang beli..
Tentulah mak ayah ara kan.aha.
Orang cakap kalau makan banyak sangat rambutan dengan durian nanti boleh jadi demam..
Ayoo..betul ke??
Jangan lah..ara tak nak demam..tapi nak makan 2 buah tu banyak-banyak..
Antara buah-buahan yang paling ara suka..
Durian dengan rambutan la..ahaha..
Kena pula 2 buah tu keluar pada musim yang sama..kan3..
Kepada diriku..moga-moga masih dapat bertahan..
Jangan la cepat sangat biar diriku ini dihidapi sakit kerana makan buah.
Izinkanlah hambamu ini bersenang-senang sementara..ehe..
Terima kasih ayah ibu sebab sediakan 2 buah ni..
Mereka juga la yang faham isi hati kita kan..
Klah ara out dulu k..
Nanti sambung lagi..yuhuu..
Salam...
BLOGGING VIA BLACKBERRY..

Sunday, 15 January 2012

terkilan macek saiz S dipertikaikan **



Assalamualaikum..
hai rakan- rakan yang tengah membaca entry ini..
kawan-kawan ada tak cerita baru yang menarik yang patut ara tahu??
kongsi la sikit..ehee..
memang hobi membaca dan menulis ni..
eh ni menulis ke??bukan la macam tu tapi masih dalam konsep yang sama kan..
hokey..selalu kalau berkenaan dengan saiz orang cakap pasal apa ewh??
baju??seluar?tu pun ya,tapi sekarang ara nak cerita pasal saiz badan..
ada tak kawan-kawan kat sini yang saiz S macam ara??
pernah tak orang lain pertikai?( pertikai = persoalkn kenapa , mengapa badan still saiz S )
selalu kita tengok dalam tv , news, majalah ataupun apa jua media massa mesti sebut pasal tips kuruskan badan lah , produk nak langsingkan badan & etc.
amat susah nak tengok iklan berkenaan orang kurus nak jadi gemuk..
ara tak ada lah minta gemuk..cuma kalau diizinkanNya ara nak merasa saiz M..itu sudah memadai..
tapi siapalah kita untuk menentukan semua tu kan..kita hanya merancang tuhan menentukan.
kalau kawan-kawan nak tahu sekarang umur ara dah nak 20 tahun ara dah dengar lebih 50 kali orang persoalkan tentang saiz badan ara..
nak juga mengadu dengan kawan-kawan apa bentuk soalan yang orang tanya kan..meh sini ara bagi tahu.

  • dekat sekolah cikgu tak bagi makan ke? (masa sekolah asrama )
  • selalu skip makan ke sampai badan jadi macam ni?
  • tak makan sayur ke?
  • tak makan makan seimbang ke?
  • banyak lagi lah..

kesian kan ara..  kalau nak tahu setiap kali ara jalan dengan adik orang mesti salah sangka..
ingat ara yang adik..kecil sangat ke ara??
tu ara tak kisah la pandangan orang..ara lagi suka kalau orang cakap ara muda..ahaha..
-dulu kan ara pernah gaduh dengan MR SAYANG sebab merasa rendah diri dengan saiz S ni-
mana tak nya tengok ramai lagi kan perempuan yang saiz M..
pesanan ara buat kawan-kawan yang memandang rendah kepada golongan saiz S:
 bukanlah diminta bertubuh begini,tapi ara redha kalau dah ketentuannya seperti ini.
 kurus bukanlah faktor yang menentukan sifat seseorang..tak kira lah gemuk kurus tetap manusia juga kan..
ara bersyukur ara masih sihat dan tergolong dalam golongang bernasib baik kerana masih mampu menghirup udara yang sedar walaupun bersaiz S..ALHAMDULILLAH..

alamak touching pula kan..dalam entry ni ara nak selitkan sedikit sebanyak faktor kenapa ada golongan saiz S..
  •  faktor genetik yang berperanan dalam hal tersebut, sama halnya seperti obesiti. Keadaan genetik yang diturunkan pada seseorang dapat menyebabkan kadar metabolisme tinggi atau sel lemak badan yang kurang. Sehingga seringkali kita melihat seseorang dengan nafsu makan yang besar namun tetap memiliki tubuh yang kurus.  -ara pun macam ni ok..makan banyak mana pun badan still macam ni.-
  • Faktor usia juga berpengaruh terhadap underweight kerana usia yang meningkat akan menyebabkan semakin berkurangnya kemampuan tubuh untuk menyerap nutrisi atau zat gizi dari makanan sehari-hari.
  • Faktor  lain adalah penyakit-penyakit kronik seperti tuberkulosis (TBC), kanser, AIDS dan proses penyembuhan atau pemulihan yang melemahkan ketahanan tubuh serta memerlukan persediaan gizi yang lebih banyak. Sehingga bila pengambilan makanan berkurang sedikit saja akan menyebabkan nilai gizi di dalam tubuh akan lebih cepat berkurang.
  • Faktor yang seterusnya adalah gaya hidup seseorang dalam pengambilan zat-zat tertentu seperti nikotin,kafein dan pelbagai macam penyedap rasa.Zat-zat tersebut diketahui dapat mengurangkan selera makan yang normal sehingga bila keadaan itu berterusan maka tubuh akan cepat menjadi kurus.
  • Dan yang terakhir dapat ara kongsi,pengambilan makanan yang diambil,kandungan kalori makanan yang dipilih adalah rendah sehingga kalori yang masuk kurang walaupun jumlah makanan yang diambil adalah banyak.contohnya ,mereka yang mementingkan makan sayuran dan buah-buahan tanpa pengambilan protein dan karbohidrat yang cukup.
jadi rasa-rasa ara tergolong dalam yang mana?hurm..
k lah setakat tu je yang dapat ara kongsikan untuk malam ni.
SALAM


Saturday, 14 January 2012

JADI peserta NEXT TOP BLOGGER by AWIE OMAR



Assalamualaikum..
tak terlewat rasanya kalau ara nak post ni kan..ehe..lambat sangat ke??
berbekalkan prinsip BETTER LATE THAN NEVER ara kuatkan semangat taip entry ni,,
walaupun tahu diri ini sangat terlewat..aha..
tak tahu kenapa tiba-tiba ara rasa macam nak join benda ni..
banyak sangat kot yang ara tengok menarik..
dari tajuk dah tahu nampak menarik..kan3..hebat sang pengarah kita...
tu cerita jadi peserta..yang tak tahannya..ada muka ara dalam logo game tu..
ahaha..kalau nak cerita semua peserta-peserta yang sertai tu hebat sangat weh...
tak hairan la kalau tersingkir awal kan..tapi ara cuba la sedaya upaya..
menang kalah adat perlawanan kan,,
buat rakan-rakan peserta yang lain..goodluck k..
k laa ara nak sleep dulu k,,
SALAM..


** DMZ MAFIA UNIVERSITY **

Assalamualaikum..

hye semua buchuk-buchuk..
ara kembali lagi..oe yeah..mood ada baik punya..
jangan hairan pula kalau malam ni ara post beberapa entry..
pertama sekali ara nak sampaikan hajat dan niat ara nak post entry berkenaan dengan MAFIA UNIVERSITY ni,,
apa benda tu ara??sabar la ara nak terang serba sedikit yang ara tahu pasal tu k..
sikit je tau..ara pun tak berapa tahu..mafia university ni bukan lah tempat belajar yang macam tempat ara belajar sekarang ni tau.kalau nak tahu macam mana dapat tajuk tu kena lah tanya dengan tuan pengarah..
ara tak nak lah banyak cakap jom kita tengok video berkaitan..

video
PART 1

haa yang atas ni part 1..cerita permulaan dia..ada faham jalan cerita dia??
kalau tak faham tanya encik bertiga ni ok..Mr D , Mr M & Mr Z..
tu lah maksud DMZ tu sebenarnya..ambil sempena 3 orang nama pengarah dia..
nice kan..

video
                                            
PART 2

yang atas ni pula kesinambungan cerita tadi..tak faham??yang lelaki kena tembak tadi tu rupanya dia tak mati lagi tu lah pasal dia nak balas dendam dekat orang yang tembak dia tu.
lokasi pengambaran : Pulau Langkawi..
ok setakat ni 2 part tu je yang dah siap..part seterusnya tengah dalam pembikinan..
dengar kata kat SIAM..tak tahu lagi.

enjoy tak tengok video ni?sorry la kalau tak best..
ni baru permulaan..tu la pasal nak minta pendapat kawan-kawan untuk penambahbaikan dan yang penting dapat berikan yang terbaik dalam part seterusnya.
bagi yang ada ilmu dalam hal-hal macam ni sumbangkanlah pendapat sikit..
amat mengharapkan..
P/S : SEBARANG PERTANYAAN BOLEH LA MERUJUK KEPADA ENCIK-ENCIK DMZ..
DAN SEKIRANYA NAK SENANG BOLEH LA TINGGALKAN KOMEN SINI , SINI kalau susah sangat tinggal je komen kat entry ni nanti ara rujuk dengan DMZ k..
ok sekian dari gadis sii cilik ara..
SALAM..

kalau suka video & entry ni like ok..tQ

Friday, 13 January 2012

kebebasan SEMENTARA **



Assalamualaikum semua..

selamat pagi..weh dah tengah hari laa...selalu macam tu kan..asal cuti je pagi petang siang malam pun dah tak ingat..
upz ni selalunya pelajar U yang buat,ara kat matrikulasi dulu pun macam tu juga..
habit buruk yang susah untuk di ubah..
eh hari tu kan ara ada post entry pasal semasa peperiksaan kan...bila masa pula tu ara..
tak ingat la..ehe..buat yang tak ingat sila lah merujuk kepada entry INI ok..
tapi sekarang tak nak la cerita benda yang sama kan..tak da modal lain apa kalau cerita benda sama..
huhu..kawan-kawan ara nak tanya ni kalau keluar dari dewan peperiksaan ( paper last ) apa yang pertama sekali kawan-kawan buat??mesti bermacam-macam ragam kan??haa begitu juga laa halnya dengan ara semalam..keseronokan yang tak terkata..(seolah-olah bebas dari pepriksaan sedemikian lagi )
Pernah tak alami perasaan macam tu??
walaupun hakikat sebenar kebebasab itu hanyalah sementara tapi kalau boleh nak meraikan juga kan?
bukan la semata-mata nak bersuka ria..
kadangkala kita perlu juga bawa diri ke arah keseronokan duniawi.
bukanlah yang melanggar hukum syarak..faham kan apa yang ara nak sampaikan..
sudah la ara mencarut perkara yang entah apa-apa..bosan lah baca..
ok let's start ara punya pengalaman semalam..sehingga lah pagi tadi..

seperti biasa keluar dari dewan je perkara pertama yang ara akan buat adalah SENYUM..
kenapa pula tu senang sangat ke soalan?sangat tu tak ada lah cuma sekurang-kurangnya kita telah lakukan apa yang terbaik dari diri sendiri kan...buka pintu dewan ara cari kawan ara ..walaupun dalam hati teringin je rasa macam nak menjerit,.setelah beberapa hari diselimutkan diri dengan buku-buku ilmiah kan..
tapi oleh kerana fikiran masih waras lagi la..tak nak la ganggu kawan-kawan lain tengah jawab exam kan (upz kantoi keluar dewan awal )..EHE..
ara dengan kawan gerak pergi cafe.lepak-lepak dengan kawan-kawan..
petang tu sampai bilik je kepala otak dah fikir-fikir malam nanti nak buat apa..
MOVIE?JALAN-JALAN?MAKAN SEPUAS HATI?ONLINE SAMPAI PENAT??
huu..nakal kan..kalau ajak belajar tak ada pun semangat macam tu sekali..dunia-dunia..
lepas maghrib je ara dengan kawan mulakan operasi kebebasan SEMENTARA..
eh terus ke?tak  ada lah ara pergi hantar kawan pergi stesen bas..best nya dia dah boleh balik malam tu juga..
untung la orang dekat kan,,tiket sentiasa ada je..-bye-bye HUSNA-jumpa lagi di semester seterusnya..
normalnya macam tu lah habis exam pikiran dah ke rumah kan..
selepas  tu ronda-ronda UUM..tak tahu pula nak pergi mana..pergi la cafe.makan kat situ sampai la pukul 10.
o yeah..balik bilik je roomate ara cakap dia ada banyak movie baru..wah..seperti yang dirancang..
entah apa yang ditengok..pukul 3 baru tidur..wah3..
nak cerita ni hasilnya kebebasan SEMENTARA tu..dapatlah hadiah percuma..
eh buat macam tu pun dapat hadiah ke?tu istilah yang ara guna pakai..maaf..
ara bangun pagi lambat sangat weh..aha..dah tak sempat tengok suasana pagi.huu..
itulah hasilnya..klah ara out jap.
.SALAM>>

Monday, 9 January 2012

Aku dilupakan (sob3) **



dahulu kala kami sempat begini..

Assalamualaikum..
hye semua-semua apa khabar?
ara harap semua orang sihat-sihat belaka tak kira lah dari segi apa sekalipun..
apa maksudnya tu ara??alaa ye lah dari segi emosi fizikal n etc..
tiba-tiba pula cakap macam tu kan..
ye lah ara sekarang tengah ada masalah emosi.sedih sangat..
kenapa pula ni ara?gaduh dengan "MR SAYANG" ke?
takda la kawan..hurm ara sedih sangat kakak-kakak ara dah lupakan ara..
-seems like i was not here-
eh ara bukan anak sulung ke??sejak bila pula ada kakak ni..
haa..memandangkan lah ara ni dikira kecil sebab lahir tahun 92 & lahirnya pula di bulan 12 maka automatik kawan ara jadi kakak..kawan??
rasa-rasa mereka masih anggap ara ni kawan ke ewh??
harap je lah..menangis tak berlagu kalau tak de sekelumit pun ingatan mereka dengan ara kan??
ada tak kawan-kawan kat sini yang pernah alami benda yang sama?
apa cara nak atasi kesedihan ni erk??
ara sayang dengan mereka-mereka sedih pula bila tengok wall fb semua nama ada except me..
dulu ara pernah dengar orang cakap mana ada orang PENINCULAR ni nak kawan dengan student sarawak.
tapi ara tetap dengan pendirian berkawan bukan ikut negeri..
tapi sekarang??sedihnya (sob3)
sekarang ni kalau ara nak cari kawan untuk cerita-cerita mesti cari kakak yang jauh dimata..
dia saja lah yang sudi dengar dan setia jadi kawan ara..
thank you kakak ANIM FARAHIN..
nama timangan ok..ehe..
apa dah jadi ni..ara ada buat salah ke?tolong lah bagi tahu ara k..biar ara tahu..
dan if ada ara minta maaf k..ara tak tahu kalau akak tak bagi tahu ara..
nak nangis pula kalau bab-bab kawan-kawan ni..
emosi tak emosi itu lah saya sii cilik ara..
ok laa ara tutp sini lah cerita takut kalau makin panjang basah laptop ni..
meooowww.
doakan ara tabah hadapi semua ini k..
sekian terima kasih
SALAM.




Sunday, 8 January 2012

gedebak gedebuk 2 more left **


Assalamualaikum..

sekarang ni makin menjadi-jadi oe..
balik je dari dewan exam tadi terus balik bilik tukar-tukar baju rebahkan diri atas katil..
dan hasilnya tidur ..aiya malangnya sekejap cuma perut terasa lapar.ngee..
angkat terus makan..almaklum lah tadi sempat pesan dengan sang romate..
baik kan kite punya roomate..hari ini ara tak ada pertanyaan dan persoalan..
hanya ingin memberitahu serba sedikit tentang hari ini yang dah berlaku tadi..
waahh..tadi kan ara pergi exam wah punya sejuk dewan exam..boleh beku kalau lama-lama kat situ..
nak keluar belum ada lagi sejarah time exam keluar dewan melainkan keluar awal..(yakin sangat kononnya)
first time exam hari ini banyak sangat lecturer buat pembetulan.
muka surat 4 lah 5 lah..agak-agak kenapa boleh jadi macam ni ewh..
ara pun tak tahu lah.. syukur alhamdulillah ara dapat juga la jawab exam hari ini..
nak tahu senang ke tidak kita tunggu keputusannya nanti..
ahahaa...
marketing dah
TITAS dah
mathematics dah
dan IT dah
maknanya tinggal lagi 2 paper yang ara kena lalui dan tempuhi..
dan untuk sekarang ini..hargai la masa rehat bersama blogku..
hee..
nanti malam kita sambung belajar lagi..jangan cepat sangat ye wahai encik malam.
hee..
gedebak gedebuk kalau dah tinggal lagi 2 paper maknanya tak lama lagi ara cuti..
oe yeah..HOLIDAY HOLIDAY HOLIDAY..
ara suka holiday...
k laa ara nak luangkan masa follow-follow orang baca entry orang..
mana tahu dapat info yang ara tak tahu lagi..
ok..SALAM>>



Saturday, 7 January 2012

** Kenapa , mengapa & apahal ??


Assalamualaikum….

Ara kembali d tengah hari ini..oe yeah..nak tahu apa yang menjadi persoalan ara di pagi hari ini tadi…memandangkan sekarang musim peperiksaan sudah semestinya lah berkenaan dengan  exam kan..tapi apa yang menjadi persoalan sangat tu..padahal biasa la je exam..
Semua orang pernah mengalami peperiksaan tak kira lah UPSR, PMR , SPM , TABLE TEST , & apa lah yang berkaitan dengan peperiksaan dan yang seumpama dengannya..

Pernah tak alami benda atau perkara macam ni semasa minggu peperiksaan ataupun bila mana kita hendak periksa…

Let’s check it out.

Pertama sekali persoalan KENAPA.

Huwarrgghhh nervous tangan nak menaip nya.
  1. Kenapa setiap kali nak exam perasaan ingin melihat movie membuak-buak?? – seolah-olah tak boleh tengok selepas habis peperiksaan.
  2. Kenapa masa exam baru nak cari seberapa banyak ‘game’ dan berusaha untuk main ? –main macam dah bebas dari exam kalah main waktu bukan exam.
  3. Kenapa minggu exam kuat sangat tidur? –bukan lah waktu biasa tak kuat tidur tapi faham-faham lah k lain benar perasaannya.buka buku sikit nak tidur,siapa yang mengalami tahu lah kan..
  4. Kenapa minggu ‘study week’ sebelum exam orang berduyun-duyun nak balik kampung? – weh cuti ke?kepada adik-adik jangan runsing pula yer..ni selalu berlaku kepada penuntut Universiti.nanti kalau dah masuk U adik pun akan alami & lihat benda yang sama..
  5. Kenapa masa minggu exam orang ‘stay up’?? – untunglah kepada yang belajar tahniah kalau stay up layan ‘movie,game,novel …etc ‘tu apa cerita pula..


Keduanya persoalan MENGAPA.

  1. Mengapa saat-saat macam ni lah couple yang tengah hangat bercinta ‘break @ clash’ ? – bukan sukahati ara je cakap erk..selalu terjadi di sekeliling ara..bukan maksud ara semua couple..
  2. Mengapa waktu nak exam ada pula couple yang baru nak mulakan hubungan? – sebelum ni tak da pula ‘declare’.
  3. Mengapa time macam ni baru nak gaduh-gaduh salah faham lah dan yang seumpama dengannya? –siap nangis lagi
  4. Mengapa susah sangat nak terima apa yang hendak dipelajari?
  5. Mengapa time-time macam ni perut cepat lapar?


Ada lagi tu persoalan APAHAL haa tu biarlah kawan-kawan ara yang rungkaikan k..boleh tak? Pelik kan kenapa & mengapa semua ni berlaku memang la dugaan dan cabaran.tapi rata-rata banyak orang akan alami benda yang sama.
Kalau betul marilah komen sikit,kongsi-kongsi pengalaman dan cerita..jangan kedekut cerita nanti orang tak nak bagi tahu cerita..waka waka eh eh..sukahati je buat telahan macam tuh..lupa nak bubuh sekali walaupun semangat nak focus belajar solat jangan lupa k..

Ok sebarang komen amatlah dinantikan dan dihargai..
..-terima kasih kepada yang sudi baca dan komen –
Kepada yang terasa maafkan lah diri yang lemah ini sesungguhnya apa yangbaik itu datangnya daripada-Nya dan apa yang lemah itu datangnya daripada diri saya sendiri.dan sama-sama lah kita memperbaikinya.
SALAM




Wednesday, 4 January 2012

** kedai makan paling NICE di SARAWAK ::

Assalamualaikum..
huhuhu...macam mana nak cakap erk..
tak tahu la kalau ada orang nak nak cakap kedai dia lagi nice,
tu mereka punya pendapat masing-masing kan,
ini cerita ara yang punya jadi kedai ni nice la bagi ara,
mana tahu la kot2 ada kawan-kawan kat sini pergi kerja,melancong or belajar kat sana boleh la usha tempat ni,
uwaaarrrgghhh..jom pergi sini..pergi mana tu ara??
SINI laa..Tanjung manis resources punya tempat..
kat mana pula tu?area-area sibu macam tu la..
ara ni macam kenal je dengan owner kedai sampai bagi kedai dia tip top place to go,
huhu..nak jawab macam mana eh,owner dia bakal mertua  ara..teeettt..


nak tahu la juga pa yang  nice kat kedai  ni kan


  • ·       Makanan yang pelbagai
    ·        disediakan khidmat WIFI ( boleh online free )
    ·        menu-menu yang disediakan menepati cita rasa
    ·        Boleh order melalui online erti kata lain facebook (hanya untuk yang berdekatan) tapi ambil sendiri la i mean kalau nak order untuk makan kat situ hal ini kerana makanan sini selalu sold out awal
    ·        menyediakan pelbagai jenis hidangan special dan selalu di update di GROUP..
    ·        diskaun akan dipertimbangkan oleh owner
    ·        disediakan perkhidmatan SKRIN BESAR untuk kemudahan pelanggan
    ·        haa yang paling penting makanan di sini HALAL..



kepada kawan-kawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kedai ini silalah add group facebook K.I.C (kafe iftitah cafe ) ..
untuk makluman tambahan di kedai ini juga menerima tempahan untuk catering, jamuan dan sebagainya.
jom ikut ara tengok picture-picture berkaitan IFTITAH CAFE..


jangan tak tahu YB pun makan kat sini tau -YB Datuk Hjh Norah Menjamu Selera
banner kafe yang tersergam indah


air kosong yang disediakan amatlah selamat.

alamat kafe

suasana cafe di malam hari

waktu cafe beroperasi

nak beli surat khabar kat sini pun ada


hurm.at last sebarang feedback berkenaan cafe juga amat diterima dengan berbesar hati untuk penambahbaikan cafe..
wasseehh jangan tak tahu owner kedai ni dah pergi banyak tempat untuk mempelajari resepi-resepi yang disukai dan menarik .yakin sedap.

Antara menu yang menarik ada di sini Nasi Arab Hadramaut + Kuzi Ayam Yamani , Hainanese Chicken Chop , Hainanese Fish Fillet + Chips ,Baby Kailan Oyster Sauce ,Ikan Kembong Kukus Special, NASI BRIYANI BERSAMA KURMA MOGHUL AYAM dan sebagainya..


k lah..ara out dulu k..nyummm nyummm...
SALAM

Tuesday, 3 January 2012

oh yeah :) ** proud to be SARAWAKIAN **

ASSALAMUALAIKUM..
haa..nak tahu kenapa ara letak post title macam tuh..
baru tadi ara terbaca satu website yang berkaitan dengan sarawak la sudah semestinya..
bangga ara bila membacanya..walaupun sekarang ara tak berada di tanah air sarawak tu..
 jom ikut ara baca entry yang baru ara baca tadi..
tapi ara dah translate jadi bahasa melayu..
aha..mana lah tahu ada orang yang tak berapa nak berkenan bila baca dalam bahasa british tu kan..

BANGGA BELAJAR DI SARAWAK.

Sehingga hari ini, masih ramai anak muda Malaysia di Semenanjung yang mengetahui serba  sedikit tentang Sarawak. Pemikiran yang membuatkan  sebahagian keluarga mereka gentar dan risau apabila anak mereka belajar di sebuah universiti di negeri orang yang jauh dari pandangan mata.

walau bagaimanapun lain halnya dengan yang datang ke negeri ini ,selalunya akan mendapati sukar untuk meninggalkan apabila tiba masanya. Salah satu universiti yang telah membuka minda rakyat Malaysia ialah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Sejak ia dibuka pada bulan Ogos 1993, pihak universiti telah membuka gerbang untuk mereka bukan sahaja melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tetapi juga untuk menerokai Sarawak.

Dhipa Palanimally, seorang yang berusia 24 tahun dari Perak, belajar di Unimas telah mendapat keputusan terbaik .


Noralis: Belajar di Sarawak telah mengajar saya untuk menjadi lebih terbuka dan menghormati kumpulan etnik lain.
"Secara peribadi pilihan saya untuk meneruskan pengajian tinggi di Sarawak, khususnya Unimas, adalah satu pengalaman hidup yang berubah-ubah sebagai pelajar dan individu," katanya.

Beliau percaya bahawa Sarawak adalah contoh terbaik konsep 1Malaysia kerana setiap orang dapat bersama-sama dengan baik antara satu sama lain, tidak kira apa jua bangsa dan etnik.

"Saya tidak pernah mengalami  situasi perkauman  yang sangat tinggi sebelum saya berada di Sarawak.Malah, saya rasa lebih di rumah sini. 
Mereka menunjukkan keramahan mereka dengan mengalu-alukan kedatangan ke rumah dan kehidupan mereka. "Beliau juga kagum dengan kadar yang tinggi perkahwinan campur di Sarawak.

"Oleh kerana kebanyakan rakan-rakan sebaya Sarawak saya adalah keturunan bercampur, saya mempunyai peluang untuk belajar tentang kepelbagaian latar belakang dan budaya yang wujud di Sarawak."



Gary George anak kelahiran Kuala Lumpur, 24, mengasihi Sarawak begitu banyak, ia adalah satu kemestian untuk kembali ke negeri ini sekali setiap tahun.

"Sarawak merupakan sebuah negeri yang indah bukan hanya kerana hutan hujan dan semua pemandangan tetapi juga orang-orang yang tinggal di sana dan budaya yang mereka miliki."

Dalam salah satu lawatan Gawai ke rumah panjang di Bau , dia tidak pernah dilayan seperti orang yang tidak dikenali tetapi seperti kawan lama yang hilang oleh semua penghuni rumah panjang.

"Bukan sahaja Gawai tetapi mana-mana sambutan perayaan yang lain, orang etnik yang berbeza bersatu dan meraikan dalam perpaduan. 
Bercakap tentang perayaan, kegemaran saya akan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia yang berlaku setiap tahun pada bulan Julai. "


Ong: Ia hanya menakjubkan akan dapat menyaksikan flora dan fauna yang luas.
Beliau juga berkata setiap kali dia di kampus, ia berasa seperti seolah-olah ia adalah papan iklan bergerak untuk United Colours of Benetton.

"Saya benar-benar iri hati dan menghormati keharmonian kaum yang ada di sini di Sarawak. Setiap negeri harus menjadikan Sarawak satu contoh 1Malaysia, "katanya.

Bahasa tidak pernah menjadi masalah apabila dia mula-mula datang ke Sarawak - S. Connie Pearl, 23, yang berasal dari Tambunan, Sabah.

"Bahasa, terutamanya dialek Melayu tempatan yang unik dan sangat mudah untuk dipelajari. Saya juga melihat bahawa dialek Melayu tempatan bertindak sebagai alat integrasi di kalangan rakyat Sarawak di mana mereka memahami antara satu sama lain walaupun mereka adalah etnik yang berbeza.

"Saya juga telah berjaya untuk mempelajari bahasa-bahasa lain seperti bahasa Bidayuh dan Iban daripada rakan-rakan saya," tambah beliau.Beliau juga mendapati bahawa apabila ia menyentuh agama, ada toleransi di Sarawak.

"Saya bertanya kepada rakan-rakan Islam saya tentang pemikiran mereka mengenai isu terkini berkaitan dengan penggunaan Allah di gereja-gereja dan mereka tidak marah sama sekali. 
Mereka berkata bahawa isu ini bukanlah satu isu selepas semua. Selagi mereka tahu yang betul-betul. apa yang penting ialah bahawa mereka masih percaya kepada Tuhan mereka. "

Ong Wei Ling, 24, dari Kedah sentiasa tahu dia akan cinta Sarawak walaupun sebelum dia datang ke sini.

"Ia hanya menakjubkan dapat menyaksikan flora dan fauna Sarawak yang luas semasa lawatan sambil belajar kami ke Miri dan Gua Niah tahun lepas yang dianjurkan oleh Unimas. 
Untuk para penggemar alam semula jadi seperti saya, ia juga bagus untuk mengetahui bahawa Sarawak mempunyai begitu  tempat yang ditawarkan dari segi pelancongan eko. "

Untuk mewujudkan sebuah negara dengan latar belakang pelbagai kaum, beliau kagum melihat bagaimana setiap budaya yang tidak bercanggah di antara satu sama lain tetapi untuk mengintegrasikan sebaliknya.

"Tiada siapa yang melihat kami sebagai ancaman, sebaliknya, ia seperti masyarakat yang panjang di sini, dengan masing-masing dan semua pihak menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan mereka. Sarawak sendiri hampir seperti Kampung Budaya, ia tidak hanya untuk menunjukkan, kehidupan sebenar mereka menampilkan di sana. "

Selepas tiga tahun di Sarawak, beliau juga mendapati bagaimana kehidupan santai di Sarawak berbanding di mana dia hidup.

"Saya tidak hanya bercakap tentang sikap tetapi juga cara hidup mereka. 
Mereka tidak agresif tetapi sebaliknya, sangat santai. Dan sifat ini membolehkan mereka menjadi lebih lanjut berhubung dengan kehidupan dan dengan itu, terdapat keamanan dan penerimaan perbezaan di sekeliling mereka. Salah satu sebab mengapa saya suka Sarawak. "



Noralis Buang, 23 dari Johor berkata, jika ia bukan untuk kawan-kawan Unimas dari Sarawak, dia akan mempunyai andaian-andaian yang sama lama mengenai Sarawak.

"Jika ia bukan untuk rakan-rakan Sarawak saya, tidak kira sama ada mereka adalah Melayu, Iban atau Cina, saya tidak akan dapat melihat Sarawak seperti yang saya lihat sekarang. 
. Saya adalah kritikal Sarawak, saya mengambil banyak perkara-perkara buruk apabila saya mula-mula datang ke sini tetapi segala-galanya berubah apabila saya mula untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawan-kawan saya. Lebih banyak saya belajar tentang mereka, lebih banyak yang saya belajar tentang Sarawak.



"Belajar di Sarawak telah mengajar saya untuk lebih terbuka dengan lain-lain etnik serta menghormati agama lain,"katanya.


Bagi kelima-lima pelajar dari seluruh Malaysia, ia telah satu pengalaman indah yang belajar di Sarawak. Mereka telah belajar banyak perkara baru serta memperbaiki sudut pandangan mereka Sarawak. Bukan sahaja mereka telah melihat hidup di dunia muzium yang paling terkenal, tetapi mereka telah mengalaminya sendiri semasa menginap di sini mereka. Bagi mereka, pengembaraan mereka tidak berakhir di sini, selalu ada sesuatu yang baru yang menunggu mereka di Sarawak.



ok sayang itu je untuk kali ini..jangan nakal-nakal..ara sayang korang..
saya NUR ASMARA YUSEMAH BINTI YUSOF sangat berbangga menjadi anak kelahiran SARAWAK..
ehe..salam..