Sunday, 2 December 2012

Ceritamu ku jadikan panduan


hiasan semata-mata..

hye my dear readers..
Telah hampir satu semester ara tak post apa-apa kan..
nak tahu kenapa? sebab ara tak rasa safety la.. semua laman sosial ara pun ada ja insan-insan yang memerhati yang sering mencari masalah ara.. 
ara pun tak tahu kenapa mesti ada insan- insan ni di sekeliling ara..
SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA..
dan kalau ada kawan-kawan yang perasan ara dah deactivated facebook dah sejak beberapa hari yang lalu.
Twitter pun hampir-hampir nak delete .. tapi ara dengan twitter dah jadi kawan baik tau..
cuma tu lah ara takut orang follow sebab nak tahu perkembangan cerita yang tak elok je,
almaklum la twitter kan selalu jadi tempat meluahkan rasa yang bercampur baur.. 
tapi kawan ara cakap positif la dekat orang sekeliling InsyaAllah orang akan fikir positif tentang kita..

#eh sebab dah lama tak update intro dia panjang sikit ye.. jangan bosan dulu.. aha..
actually ara nak cerita mengenai seorang kawan ara yang sangat closed dengan ara sejak kebelakangan ni.. jangan risau ara dah dapat kebenaran dia sebelum post cerita pasal dia..

****Lets begin our story***

watak-watak dalam cerita ara ni..
kawan ara = Eira (bukan nama sebenar )
teman lelaki kawan ara = Am (bukan nama sebenar)

cerita cinta dia ni dia mula bagi ara tahu since rabu yang lepas sampai lah petang tadi..
Nak katanya sekarang ni si Am tu tersangat lah sibuknya sampai si Eira ni pun fikir macam-macam dah.
tapi bukan dia tak tahu Am tu sibuk buat apa.. cumanya banyak benda yang buatkan dia ni sangat-sangat terkilan.. eira cakap bukan sebab dia rasa tersisih sebab dah lama tak jumpa, texting ataupun yang macam-macam tu la..
Ahad yang lepas, Eira ni terasa sangat sebab dia nak sangat si Am temankan dia sembang dalam text la.. dia tak mintak pun jumpa.. texting je pun.. tapi tu pun am tak boleh nak faham.. Eira ni kan kalau boleh memang tak nak ganggu masa si Am ni dengan jumpa bagai tu.. tapi salah juga ke dia kalau nak curi masa sikit utuk texting.. hari tu eira cerita sambil nangis-nangis.. ara?? speechless..

lepas kejadian tu eira pun nekad tak nak text dia sehari.. tapi hati wanita mana yang tahan kan bila Am mesej dia reply je, aha.. nekad je lebih.. LOL.. baca mesej-mesej yang Am sent je pun dah buat eira ni nangis.. entah apa la yang Am tu mesej kan.. lemahnya wanita..Selasa nya pula Am ni janji nak jumpa eira.. Lepas Am janji tu Eira bagi tahu ara yang dia yakin Am tak kan jumpa dia pun.. tak kira lah apa pun alasan sama ada relevan ke tak.. tak tahu macam mana boleh jadi apa yang Eira cakap tu jadi nyata.. Alahai budak ni mimpi ke apa.. macam tahu-tahu je, malam kejadian eira langsung tak reply dan angkat call dari Am.. merajuk ke?? padahal dah tahu kan tak akan  jumpa kenapa nak sedih gak kan.. sedih lah kehidupan dia ni.. 

Hari keesokannya, masa budak Eira ni nak pergi makan eh bukan nak pergi makan dah siap bungkus makanan pun.. dia dapat mesej Am cakap nak ajak pergi makan.. tak tahu kenapa la eira ni boleh pula setuju je.. padahal makanan yang dah siap bungkus baru lagi kat tangan.. nak tahu apa maksudnya?? eira ni kalau boleh apa je yang Am ni kata dia akan follow je plus dia pun tak pasti bila lagi dia akn jumpa dengan Am.. Sanggup berkorban apa sahaja katanya.. dia tak nak dibayarkan makan untuknya cukup luangkan masa temankan dia makan sekejap dia dah gembira sangat.. lupa semua tangisan yang lalu.. alahai..

nak tahu kemuncak cerita sedih dia?? cerita fresh lagi di telinga ara ni haa..
tadi sekali lagi masa eira dalam perjalanan nak bungkus makanan Am call dia cakap nak ajak eira pergi makan.. tapi dia ajak kawan dia juga la. So eira pun patah  balik pergi bilik dia.. yang tak tahan tu eira tunggu satu jam kot.. punya lama.. dah la waktu makan dah petang sangat.. alomak.. tapi dia buat-buat sabar je lah kan.. walaupun orang sekeliling dia dah menyentapkan hati dia cakap Am tak kan datang punya.. tapi atas dasar percaya dia tunggu juga.. bertuah punya budak.. aish..masa makan berjalan dengan lancar.. TETAPI.. dalam perjalanan pulang sii eira ni punya laa boleh pulak fikir macam -macam sampai boleh nangis pula tu.,.. nasib baik nangis sikit je.. LOL.. tak ke haru dah la depan kawan dia.. mula-mula ara pun wonder juga apa yang si Eira ni fikirkan sampai boleh nangis pula tu.. alahai..

Sebenarnya kan si Eira ni terdengar perbualan si Am dengan kawan dia.. Selama ni sii eira ni punya la selalu tanya ara kenapa la si Am tak pernah ajak dia nak pergi jumpa dengan Family dia hujung tahun ni.. sebab last year Am ajak si eira ni tak berani lagi, tapi bila fikir balik kalau dia tak pergi jumpa tahun ni mungkin tak akan jumpa sampai bila-bila melainkan ada jodoh diorang dua ni.. kakak si Am ni pun ada suruh Eira pergi tengok dia hari tu.. tapi ini kejadiannya.. Am nak pergi dengan kawan dia.. lepas tu mula lah eira ni fikir bukan-bukan .. kalau nak pergi dengan kawan dia kenapa tak gunakan masa jumpa macam tadi tu dengan sebaiknya kan.. ara pun pelik dengan si Am ni.. kata sibuk.. tapi bila ada masa lapang macam ni sibuk pula bersembang dengan kawan dia.. entah apa la perasaan Eira kat belakang kereta tu .. mesti macam lost je.. 

*The End ( mungkin akan bersambung dan mungkin tidak )

pesanan ara untuk Am : kalau dah tahu masa singkat disebabkan kesibukan dunia kenapa tak guna masa yang ada dengan sebaiknya?? kenapa tetap juga nak buat kawan ara tu menangis?? dia bukan macam perempuan lain nak mengamuk tak tentu pasal. dia suka lagi pendamkan perasaan dia tu sebab tak nak kau terganggu tau...  balik-balik pun dia cakap tak kisah hati dia yang penting kau OK,.. apa pun yang berlaku tolonglah jaga dan faham perasaan dan hati kawan aku k.. aku tahu la kau sibuk sekarang ni dia pun tahu tau.. tapi dia seboleh mungkin faham dan elakkan dari merungut,

Dear my lovely friend ~ jagalah hati tu sebagai mana menjaga hati orang lain.. jangan lebihkan orang lain daripada diri sendiri.. kurangkan menangis... dan jangan lah difikirkan sangat hal-hal yang boleh merunsingkan fikiran tu k.. jaga kesihatan diri k.

pesanan untuk diri dan kawan-kawan lain = belajar lah memahami perasaan orang sekeliling kita.. jangan kerana kesibukan kita kita lupa ada insan sekeliling yang memerlukan perhatian kita sebagai kawan or lain-lain.. 

Credit to my friend.. semoga cerita ni jadi tauladan kepada pasangan yang lain..

#BUKAN ENTRY UNTUK DIBACA UMUM.. KALAU MENYAMPAH DENGAN CERITA NI ABAIkAN JE.. TERIMA KASIH..

ikhlas dari SII CILIK ARA..

0 00 cuit2 ara: