Saturday, 2 June 2012

sahabat





hye.. lama tak nampak kan.. sorry to all my followers and most sorry to readers..
ara sekarang tengah bergelut dengan musim peperiksaan..
Tapi oleh kerana ara sekarang tengah bersedih hati jadi ara nak berkongsi sedikit cerita dengan deliarayushe.blogspot.com..
& kerana "dia" lah sahabat sejati ara.. 
semoga dengan entry ini , akan beri pengajaran kepada diri ara sendiri dan rakan-rakan..

selagi lagi , tidak terniat pun ingin memburukkan, mengungkit ataupun yang seumpama dengannya..
pertama sekali, ara nak memohon maaf andai kata ada pembaca yang akan terasa.
Dan dengan keluarnya entry ni ara mengharapkan sokongan dan dorongan dan bukannya makian..

sebelum ni bila ara post entry berkenaan sahabat ataupun kawan ara mesti akan excitedkan..
entah kenapa kali ini ara tidak sebegitu..
mungkin kerana ara kecewa dengan seorang insan yang bergelar sahabat..

*******

ceritanya bermula bila mana ara perlukan sangat-sangat pertolongan..
ara tahu mungkin terlalu lambat ara maklumkan.. tapi sebagai seorang manusia penyakit lupa itu bukan dipinta.. malah berlaku diluar sedar... yang membuatkan ara sangat sedih bila membaca kata-kata yang keluar darinya.. sebenarnya bukanlah waktu kejadian sahaja ara terkecil hati, malah petang nya pun.. janji yang dia tetapkan tidak tertunai.. hati ara menangis.. tapi masih boleh ditahan dengan secebis kesabaran untuknya yang bergelar sahabat... tapi bila mana luka ditambah dengan sakit.. ara pun tak tahu nak rungkai macam mana pedihnya..

buat pengetahuan tidak pernah terdetik pun di hati ara untuk mengenepikanmu di dalam hal yang sangat memerlukan penglibatanmu.. tapi mengapa kau sangggup buat ara macam ini?? 

*******

buat kawan di luar sana jaga lah sahabat sebagaimana kita menjaga hati kita sendiri.. tidak ada insan yang rapat dengan kita sebagaimana rapatnya kita dengan kawan.. tegurlah kawan kita andai dia tidak sudi berkongsi kesedihan dengan kita.. kerana kita berkawan bukanlah ketika senang sahaja.. semoga dengan perkongsiaan itu mungkin hati kawan dan kita akan bertambah lega.. ingatlah kawan, kita berkawan bukan untuk sehari.. selama mana kita boleh berkawan, jagalah hatinya.. dengan harapan dia pun akan melakukan hal yang sama.. 

Apabila kita berlaku baik dengan seseorang,mudahan kita akan dibalas baik juga dengan seikhlasnya.

 Di kesempatan ini ara nak meminta maaf kepada sahabat yang mungkin berkecil hati dengan keluarnya status kat wall facebook ara yang sedikit sensitif mengenai isu kenegerian.. sesungguhnya ara terkhilaf dengan kesedihan yang membadai hati kecil ini.. maafkanlah ara k.. semoga permohonan maaf ara ini diterima oleh sahabat handai yang terdekat.. dan ara nak bagi tahu korang la sahabat terbaik ara sejak ara menjejakkan kaki ke bumi sintok ini.. bila ara nak pertolongan ara tak risau sebab ara ada mereka ini.. yang jadikan ara kuat.. tanpa mereka ara mungkin keseorangan di bumi sintok ni..
Terima kasih yang tidak terhingga ya kawan-kawan,. ara sayang korang sangat-sangat..

ayuhlah kita berdoa semoga kita dijauhkan dari kekhilafan dunia dan kelekaan dunia semata-mata..




  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Ya Allah ya tuhanku, ampunilah semua dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,keluargaku,sahabat handai dan semua muslimin dan mulimit sekalian.
Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada hambamu ini, semoga memperoleh kejayaan di dalam peperiksaan kali ini.
Ya Allah ya tuhanku, engkau permudahkanlah urusan hambamu ini dalam menimba ilmu , menghafal isi penting dan Engkau berikanlah idea2 yang bernas untuk hambamu ini menjawab soalan peperiksaan..
Dan janganlah engkau sempitkan fikiran hambamu ini dengan hal yang tidak berfaedah..
Ya Allah ya tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Izinkan lah hambamu ini menjadi sahabat yang disenangi rakan-rakannya,sahabat yang boleh membimbing mereka dan sahabat yang terbuka hatinya bila mana mendapat teguran..

Amin ya rabbal alamin..

Akhir kata maaf andai ara tersalah kata dan berikanlah peluang untukku memohon maaf..sekian dari sii cilik ara.. terima kasih kerana sudi baca..




3 00 cuit2 ara:

Readers said...

You are right dear,
"Friends show their love-in times of trouble,not in happiness"- Euripides.

mUSYihARIz said...

relax denk...biasa la manusia...masing2 akan pntingkn drikpun lok...so,apa2pun,mn da prob,ello2 jak o...hehe

-Yanti-

nadia said...

Ara bersabar lah..
kawan tu mungkin ramai tp sahabat sejati tu sedikit jumlahnya.