Monday, 6 February 2012

SAY NO TO "hate people"


Assalamualaikum pembuka bicara..
pada malam yang ceria ini ara nak ajak kawan-kawan sambil memberi peringatan kepada diri ara sendiri mengenai satu sifat buruk yang pernah ara rasai.. semoga entry ini akan menjadi tauladan kepada kita semua..dan sebelum ara memulakan elok kiranya ara menyusun sepuluh jari andai kata kata-kata ara akan mengguris hati dan perasaan yang lain.. dan kepada yang terasa maafkan lah diri ini..sesungguhnya ara dengan niat baik untuk berkongsi segala cerita dan mengharap respon yang baik dari kalian semua.

menurut tajuk entry ara kali ni , ara mengajak semua orang agar jangan membenci orang..


#jangan membenci wanita lain atas alasan "LELAKI'
Dulu waktu sekolah menengah ara pernah membenci seorang wanita yang lebih tua daripada ara kerana sayangkan seorang lelaki yang belum tentu akan menjadi suami ara,,
hari-hari yang ara lalui ketika itu penuh dengan kebencian.. di mata kasar ara apa pun  yang wanita itu buat semuanya tidak kena.. dan atas dasar benci setiap hari juga wanita malang itu menjadi bahan umpatan.. apa yang ara dapat dengan menbenci dia??nothing kawan-kawan.. dapat dosa adalah..
lama kelamaan ara sedar dengan membenci membuatkan diri dan hidup ara tak tenang..dengan bantuan kawan-kawan di sekeliling ara,ara lupakan kebencian ara dan meneruskan hari-hari tanpa sedetik pun benci.. yang ada hanyalah positif.dan dengan izinNya Alhamdulillah hati ara jadi tenang selepas tu..dan ara bersyukur ketika itu tuhan bagi petunjuk bagi ara selesaikan masalah ara.. KITA TIDAK LAYAK MENGHAKIMI PERBUATAN ORANG LAIN .buat wanita itu,ara minta maaf sangat-sangat..ara khilaf dengan nafsu.. dan ketahuilah ara tidak menyimpan apa-apa dendam ataupun yang sewaktu dengannya..

#jangan terlalu membenci lelaki kerana pandangan negatif 
cerita ni terjadi semasa ara sekolah menengah juga,,ara benci sangat dengan seorang mamat yang kemudiannya menjadi sayang..mungkin selalu kita dengar situasi ini,,dan seakan tak percaya diri ara pun mengalami benda yang sama.. ara benci sebab mamat ni nakal sangat waktu sekolah dulu,,kalau difikir balik malu dengan diri sendiri mesti waktu kita benci orang tu kita kutuk dia macam-macam kan..tup2 jadi awek dia pula..mana nak buang semua kutukan tu?boleh telan balik ke..

#jangan membenci keluarga
kejadian ni terjadi dari ara mula belajar sehingga tamat pengajian di sekolah.. berat untuk ara ceritakan tapi sekadar untuk perkongsian dan pengajaran .. ara benci dengan seorang pakcik ara.setiap kali keluar keputusan peperiksaan dia mesti marah ara.itu tak kena ini tak kena..baik buruk keputusan ara memang dia akan marah juga..pendek kata semua yang ara buat tak betul.. bila menginjak zaman kematangan ara sedar pakcik tu marah bukan sebab bencikan ara walhal dia nak yang terbaik untuk ara.dan hasilnya ara   capai cita-cita nak masuk universiti.

selesai sudah cerita ara untuk kali ini,,diharap cerita ini dijadikan tauladan untuk kita semua..dan berdoalah moga kita dijauhkan dari kealpaan dan sifat hasad dengki sesama manusia..Aminn..
ikhlas dari sii cilik ara..SALAM
MOHON MAAF PENUTUP CERITA~


3 00 cuit2 ara:

aR!shQimi said...

wah,, thats great,
mcm kempen pun ada,
if benci x leh suka leh x?

mas saari said...

tak guna kita benci orang... nanti ramai pulak orang yang benci kita!

aracahayacinta said...

yupz..ara setuju...
tapi ara tak kisah kalau orang benci ara..p biarlah bersebab..
meoooww..