Tuesday, 21 February 2012

Rambut pendek artis wanita yang memukau hati aRa ::






:: Agnes Monica

ingat lagi tak 1 ketika dulu, famous sangat tau fesyen rambut ni.. memang la ramai artis yang berambut macam ni.. tapi ara tetap nak pilih AGNES MONICA sebab memang dia ni artis pujaan hati ara.. suka sangat style dia.. semua style rambut dia cantik plus sweet.. actually semua orang pun boleh kalau nak memiliki rambut macam ni tapi kena tengok juga sesuai ke tak dengan wajah kita kan.. jangan main belasah je..  +++ ( ara suka tengok colour rambut dia dalam gambar tu )




:: ADIRA AF8

HOT + SUPERB . hanya dua word tu yang mampu ara katakan bila tengok rambut terbaru adira.. ada tak  yang sama perasaan dengan ara.. hee.. sekali tengok macam bukan dia kan.. dah la memang sedia cantik.. tambah cantik dengan rambut baru.. geram tengok lagi-lagi bila style KOREA terserlah di situ..hahaha.. MR SAYANG kita pun suka rambut adira..loike.. colour rambut pun sesuai dengan ton muka.. kalau rasa macam tak match dengan muka tak payah la k nak colour2 rambut..hee..

:: YANA  a k a ANJE

kenal tak akak kat atas ni.. mesti masih terbayang kan wajah dia dalam cerita BINI-BINIKU GANGSTER.. best kan watak dia dalm cerita tu.. tapi yang menarik minat ara bila tengok rambut dia ni., sesuai sangat dengan muka dia.. nampak kecomelannya.. hee.. siapa setuju?? ara panggil fesyen rambut macam ni " rambut epal"..heee..

:: BUNGA CITRA LESTARI

alamak tiba-tiba lak teringat kat kawan ara ,ayu.. dia pernah buat rambut macam ni,, sebelah panjang sikit.. cantik kan.. bunga ni rambut panjang ke pendek ke cantik je ara tengok.. betul kan.. cakap pasal dia ni rupanya dia dah ada anak..alamak ketinggalan zaman pula ara ni.. entah-entah dah besar anak dia kan..  

:: ERRA FAZIRA

boleh lah.. ara bagi 3 bintang daripada 4 bintang..hee.. bukan nya apa..ara tengok erra cantik lagi kot rambut tak pendek.. bukan tak nice dia rambut pendek tapi ada kala macam tak nampak menarik.. ada juga macam tu kan.. entah apa-apa la yang ara mengarut ni kan..

ok guys macam tu je kot yang memukau hati ara.. ara kalau nak buat rambut macam tu jangan harap la.. memang tak kena dengan wajah yang tak cantik ni.. humble pula..ahahaha..
ok sekian dari sii cilik ara..
wassalam

notakaki: anda semua dijemput singgah ke aZEEra0n9sh0p.. pelbagai item menarik yang dijual.. 





2 00 cuit2 ara:

Anna Siihah said...

ha'aaaaa. comel

Awie Omar said...

rambut pendek ke rambut panjang ke tak kisah, yang penting wanita tulen hehehe