Sunday, 12 February 2012

indahnya sebuah pujian

Assalamualaikum everybody..
ceh speaking sakan..
malam yang gelap gelita ni ara nak beremosi sikit..
boleh tak kawan-kawan??

berbalik kepada tajuk asal kita.. ara nak kongsi tentang pujian., kalau nak tahu majoriti dalam kalangan kita merasakan pujian adalah satu perkara yang sangat indah.Dan ara pun bersetuju dengan pilihan majoriti ini.
mesti sekarang ni banyak sangat persoalan dalam minda korang kan.memang ara tidak akui sedikit sebanyak pujian itu juga salah satu akar kepada kejahatan.hal yang negatif ara cerita lain kali k..jikalau berkesempatan.malam ni ara nak cerita yang indah-indah je boleh kan..


Indahnya pujian dari seorang ibu ,ayah dan keluarga kita.
yang ni ara banyak belajar dari cerita "AKU TAK BODOH " kalau berkesempatan ara galakkan korang tengok la cerita tu.sangat banyak pengajaran yang boleh kita ambil.setuju atau tidak kita sebenarnya tidak boleh lari dari hakikat bahawa kita inginkan pujian.dari sudut positif sebuah pujian boleh memberikan semangat dan keyakinan dalam diri kita sebagai seorang anak.sokongan dari keluarga amatlah penting kerana itulah tunjang kekuatan kita.lagi-lagi zaman sekarang ni remaja macam ara ni bukan boleh di ajar lagi dengan kekerasan.


indahnya pujian dari seorang kawan
kawan.kawan bagi ara adalah orang kedua terpenting dalam kehidupan ara.jangan pertikai pula k. Allah yang maha satu tu ara letakkan istimewa di dalam hati.ok ara nak tanya sikit.kalau kawan kita puji kita apa yang korang rasa?? happy tak?? kalau jawapannya tak sama dengan ara,ara tak tahu la nak cakap macam mana k. indahnya sebuah pujian itu jikalau ditambah dengan keikhlasan dan bukan semata-mata inginkan sesuatu sebagai balasan.


indahnya pujian dari seorang pendidik
yang ni ara sangat setuju.kerana terjadi dalam diri ara.ara suka sangat kalau pensyarah ke cikgu ke suka dengan hasil kerja kita dengan memberikan kita satu pujian.seriously itu sungguh bermakna buat diri kita sendiri setelah bertungkus lumus membuat sesuatu kerja yang diberikan.ara anggap hasil tangan yang kita usahakan dihargai. lagi ara suka kalau pujian tu disertakan dengan teguran ..ini untuk kebaikan di hari akan datang moga-moga kerja seterusnya dapat dilakukan dengan lebih baik.

cukuplah tu kot 3.ara rasa penat sangat la ..ni pun curi masa sikit nak tunaikan niat hati post entry ni.
so kawan-kawan merendah diri itu baik tapi biarlah ada had,jangan sampai memburukkan diri pula.tak baik tau. pesanan iklas dari penaja sedekahkan lah pujian dengan ikhlas. ok nak yang baik-baik je k..
tak mahu yang jahat-jahat..

iklas entry ini disampaikan oleh sii cilik ara tanpa copy paste.idea datang dari hati..chill everyone,
SALAM



7 00 cuit2 ara:

♥Lady Ainaa♥ said...

ena sokong sgt kate2 awk... rse sgt gmbira dpt pujian terutama dpt pujian dri parents kita.. rase nk rakam je pujian tu.. hehehe... xperlu nk rendahkan dri melebih lebih smpai memudaratkan dri sbb ingatlah Allah jd manusia dri darjat yg sgt mulia dri segala Makhluk...

aracahayacinta said...

tq aina..hee..
kalau nak tau nak kene puji cnfirm dh ready an recorder..aha..

misskonspirasi said...

pujian paling bermakna dalam idup misskonspirasi setakat ini adalah dari family dan sahabt handai ..salam kenal dari saya..

aracahayacinta said...

tq,, salam kenal juga.

aR!shQimi said...

lama x singgah sini,,
lain kali ara ajar qimie blogging key,
ada blog tpi x fungsi la,
x reti,,

tokwan muda said...

datang singgah jap...terjumpe kt blogger fb tadi...ermmmm pujian meme indah tp jgn tenggelam sudaaaa....k adios....=)

Awie Omar said...

ada masa jemput la tengok. ajak kawan2 sekali hehehe
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/10-kaedah-elak-ter-sambut-hari.html