Friday, 24 February 2012

CaRta 10 - Sarawakian food





hye ollz.. 
hari ini ara sangat penat.. sebab baru je habis "KENYALANG FAMILY DAY "..
best sangat.. & niadalah 1st aktiviti yang adhoc SARAWAK anjurkan...
berbalik kepada tugasan yang kami dapat sebagai peserta NEXT TOP BLOGGER 1..





Tugasan Minggu Kelapan (22/2/12 – 28/2/12)
AWIE OMAR sinonim dengan segmen CARTA 10. Disebabkan dah tinggal 10 peserta sahaja, maka itu pada minggu depan peserta kena buat satu entri CARTA 10 tentang apa sahaja topik. Macam minggu ni, peserta yang buat tugasan akan berada kedudukan atas dalam carta. Manakala “IMUNITI” pula akan diberi kepada peserta yang entri CARTA 10 nya yang dipilih mempunyai paling banyak komen dari kawan kawan. 

 nampak tak ?? tuu diaa.. actually ara nak coret about kami iaitu peserta NTB1.. tapi macam tak best pula.. & takut orang lain akan buat benda sama,,hee.. disebabkan itu ara ambil keputusan untuk buat entry berkaitan dengan SARAWAK.. memandangkan lama sangat dah ara tak post entry untuk
 * SARAWAKIAN AREA *
betul tak.. ehehe..
Apa-apa pun idea ni lahir dari hati yang suci & ikhlas..boleh pula macam tu kan,, lalalala...
entry yang diberi tajuk CARTA 10 - SARAWAKIAN FOOD ni akan membawa kawan-kawan pembaca sekalian mengenali lebih lanjut mengenai makanan terkemuka keluaran SARAWAK.. chewah..

1 . LAKSA SARAWAK


tahu tak nak buat macam mana?? pandai je buat cuma resepi mama ara.. kalau nak try buat ce try RESEPI INI.. kalau nak tahu sedap ke tak cuba la try buat.. & buat kawan pembaca yang berada di SARAWAK rugi tau kalau tak rasa makanan ni.. sesuai untuk semua peringkat umur kecuali dengan insan yang alah kepada seafood.. hee..

2. KOLO MEE ( KUCHING FOOD )


hee.. sedap.. ara suka sangat..ara pun tak pasti sangat kalau kolo mee ni ada kat negeri lain.tak texplore lagi..hahaha. apa pun mee ni sedap. sekali try mesti nak lagi..lalala..

3. AYAM PANSUH



ayam pansuh?? apa tu tak pernah dengar erk.. ahaha.. unik kan.. ni adalah ayam yang dimasak dalam buluh.. tapi orang zaman sekarang jarang dah kot nak pakai buluh.. biasalah orang dah bekerjaya.. mereka yang kreatif ni ganti buluh kepada masakan stim.. tapi rasanya tak berapa nak rasa peerrgghh nya lah.. ahaha..

4. MIDIN BELACAN



midin tu apa lak??belacan tahu lah.. jangan gabra dulu.. midin tu singkatan or loghat yang orang SARAWAK guna bagi sejenis sayuran iaitu LEMIDING.. dalam bahasa melayu apa erk.. tak tahu pula.. nanti-nanti la ara explore k..

5. IKAN TERUBUK MASIN


actually ni adalah salah satu contoh masakan ikan terubok masin ni.. banyak lagi masakan yang kita boleh masak melaluinya.. try la search ikan ni.. ahaha. yang atas ni contoh ikan terubok masin goreng.. kalau nak bubuh dalam nasi goreng pun sangat sedap.. memang berbaloi..ahaha..

6. UMAI SARAWAK



oh yeah.. one of the most important food.. umai.. sejenis makanan yang dibuat daripada ikan mentah dan di campur dengan bahan-bahannya yang tersendiri sehinggalah menjadi sedap..  bagi yang tak pandai makan tu memang rugi lah.

7. KOMPIA


kompia ni apa natang pula ara.. kompia ni kalau kawan-kawan nak tahu berasal dari masakan kegemaran  masyarakat cina di daerah SIBU.. tetapi sekarang dah menjadi kegemaran semua kaum., hee.. rasa tak payah cakap la. kalau tak sedap ara tak cakap kan.. hehehe..

8. TEBALOI


makin ke bawah makin unik pula nama makanan kat SARAWAK ni kan.. sabar je lah erk.. memang macam tu kot.. ara pun tak berapa tahu dari mana asal usul nama makanan -makanan ni semua..  tebaloi ni makanan tradisi bagi masyarakat MELANAU. sedap sangat.. sekarang ni pun dah ada yang packing dalam bungkusan yang modern ckit.. hee.. tak tahu la kalau ada dipasarkan dekat semenanjung juga.

9. DABAI 


DABAI.sejenis buah yang sangat simple cara permasakan nya...budak sekolah rendah pun tahu masak tau.. rendam dalam air panas je then dah boleh makan.. kalau nak sedap bubuh la gula or garam selepas dah rendam & buang air.. nice kan.. 

10. LINUT a k a AMBUYAT


haa lastly makanan ni maybe tak semua orang la pandai makan.. hee.. tapi ara pandai la.. rugi lak rasa kalau tak pandai.. apa juga la makanan yang ara tak pandai makan kan.. huhuhu.. asal makanan adalah dari pokok rumbia.. boleh dimakan dengan kuah sambal mengikut citarasa orang yang makan.. boleh juga dengan sardin..

alamak sampai tak sedar telah sampai lebih sejam nak siapkan entry ni.. tu lah layan cerita STAIRWAY TO HEAVEN juga,, mesti korunk tak layan kan.. tak pe.. sedih kot sampai nangis..lalalala.. congek..
ok dear, darling sayang entry kali ni sampai sini je erk.. ada masa lagi ara coret lagi k.. 
salam sayang ara untuk semua pembaca.. 
sekian dari sii cilik ara..


notakaki: anda semua dijemput singgah ke aZEEra0n9sh0p.. pelbagai item menarik yang dijual.. 





10 00 cuit2 ara:

Azahari Yassin said...

semuanya nampak sedap..aq ska tu ambuyat..lma da x mkn ^^ hehe

aracahayacinta said...

asal mana?? hee..

Khairiz said...

pernah makan linut, tapi x boleh masuk la hehe...

aracahayacinta said...

tu pasal ara cakap tak semua orang boleh masuk makan tu.. kesian awak.. hee.. makan yang len je k.. aha..

henawirasatya.com said...

enaknyee

melawa lifestyle said...

nampak sedap , hehe . lapar balik sudah .

sofeafaudzi.photography said...

I'm sarawakian and I love Sarawak foods :D

Feza said...

tak pernah makan pun. hehe

Awie Omar said...

Terima kasih sudi ikut tugasan yang diberi. bagus entri ni. Ni baru 1st time tahu hehehe

aracahayacinta said...

ok.. tq tuan pengarah.. klau pegi SRWK ke p la order bnda alah tu.. ahaha..