Sunday, 15 January 2012

terkilan macek saiz S dipertikaikan **



Assalamualaikum..
hai rakan- rakan yang tengah membaca entry ini..
kawan-kawan ada tak cerita baru yang menarik yang patut ara tahu??
kongsi la sikit..ehee..
memang hobi membaca dan menulis ni..
eh ni menulis ke??bukan la macam tu tapi masih dalam konsep yang sama kan..
hokey..selalu kalau berkenaan dengan saiz orang cakap pasal apa ewh??
baju??seluar?tu pun ya,tapi sekarang ara nak cerita pasal saiz badan..
ada tak kawan-kawan kat sini yang saiz S macam ara??
pernah tak orang lain pertikai?( pertikai = persoalkn kenapa , mengapa badan still saiz S )
selalu kita tengok dalam tv , news, majalah ataupun apa jua media massa mesti sebut pasal tips kuruskan badan lah , produk nak langsingkan badan & etc.
amat susah nak tengok iklan berkenaan orang kurus nak jadi gemuk..
ara tak ada lah minta gemuk..cuma kalau diizinkanNya ara nak merasa saiz M..itu sudah memadai..
tapi siapalah kita untuk menentukan semua tu kan..kita hanya merancang tuhan menentukan.
kalau kawan-kawan nak tahu sekarang umur ara dah nak 20 tahun ara dah dengar lebih 50 kali orang persoalkan tentang saiz badan ara..
nak juga mengadu dengan kawan-kawan apa bentuk soalan yang orang tanya kan..meh sini ara bagi tahu.

  • dekat sekolah cikgu tak bagi makan ke? (masa sekolah asrama )
  • selalu skip makan ke sampai badan jadi macam ni?
  • tak makan sayur ke?
  • tak makan makan seimbang ke?
  • banyak lagi lah..

kesian kan ara..  kalau nak tahu setiap kali ara jalan dengan adik orang mesti salah sangka..
ingat ara yang adik..kecil sangat ke ara??
tu ara tak kisah la pandangan orang..ara lagi suka kalau orang cakap ara muda..ahaha..
-dulu kan ara pernah gaduh dengan MR SAYANG sebab merasa rendah diri dengan saiz S ni-
mana tak nya tengok ramai lagi kan perempuan yang saiz M..
pesanan ara buat kawan-kawan yang memandang rendah kepada golongan saiz S:
 bukanlah diminta bertubuh begini,tapi ara redha kalau dah ketentuannya seperti ini.
 kurus bukanlah faktor yang menentukan sifat seseorang..tak kira lah gemuk kurus tetap manusia juga kan..
ara bersyukur ara masih sihat dan tergolong dalam golongang bernasib baik kerana masih mampu menghirup udara yang sedar walaupun bersaiz S..ALHAMDULILLAH..

alamak touching pula kan..dalam entry ni ara nak selitkan sedikit sebanyak faktor kenapa ada golongan saiz S..
  •  faktor genetik yang berperanan dalam hal tersebut, sama halnya seperti obesiti. Keadaan genetik yang diturunkan pada seseorang dapat menyebabkan kadar metabolisme tinggi atau sel lemak badan yang kurang. Sehingga seringkali kita melihat seseorang dengan nafsu makan yang besar namun tetap memiliki tubuh yang kurus.  -ara pun macam ni ok..makan banyak mana pun badan still macam ni.-
  • Faktor usia juga berpengaruh terhadap underweight kerana usia yang meningkat akan menyebabkan semakin berkurangnya kemampuan tubuh untuk menyerap nutrisi atau zat gizi dari makanan sehari-hari.
  • Faktor  lain adalah penyakit-penyakit kronik seperti tuberkulosis (TBC), kanser, AIDS dan proses penyembuhan atau pemulihan yang melemahkan ketahanan tubuh serta memerlukan persediaan gizi yang lebih banyak. Sehingga bila pengambilan makanan berkurang sedikit saja akan menyebabkan nilai gizi di dalam tubuh akan lebih cepat berkurang.
  • Faktor yang seterusnya adalah gaya hidup seseorang dalam pengambilan zat-zat tertentu seperti nikotin,kafein dan pelbagai macam penyedap rasa.Zat-zat tersebut diketahui dapat mengurangkan selera makan yang normal sehingga bila keadaan itu berterusan maka tubuh akan cepat menjadi kurus.
  • Dan yang terakhir dapat ara kongsi,pengambilan makanan yang diambil,kandungan kalori makanan yang dipilih adalah rendah sehingga kalori yang masuk kurang walaupun jumlah makanan yang diambil adalah banyak.contohnya ,mereka yang mementingkan makan sayuran dan buah-buahan tanpa pengambilan protein dan karbohidrat yang cukup.
jadi rasa-rasa ara tergolong dalam yang mana?hurm..
k lah setakat tu je yang dapat ara kongsikan untuk malam ni.
SALAM


6 00 cuit2 ara:

Nyna said...

haha,,samalah,,saya 18 tahun tapi bila dgn adik sedara yg umur 10 tahun org mesti ty saya darjah brapa..tapi saya tak kisah pon..i'll take it positive:)

LYNNgrapher said...

bknkah saiz too comel,,DD,,

Nasz Hanafie said...

err..mkn bnyk2.. bce lah doa sblum mkn... doa tido.. doa msuk tandas..lau boleh ,,tahlil dlu sblm mkn... :D

Awie Omar said...

Tak kisah la ara.. M ke S ke... Janji ara sihat dan bahagia OK :)

irwan miswan said...

takpelah belom kawen saiz s, nanti dah kawen baru berisi. jangan sebelom kawen saiz L, nanti da kawen saiz XL, hehe. juz joking sis.

gua ade komen blog sis kat blog gua. jangan lupe kutok blog gua plak hehe...
jom jumpe jejaka hensem dan gadis cute SURVIVOR

Anonymous said...

Aiya..see kan dh ckp..
Tdi kene lgi..
Asal blik kmpg je kurus2 jdi topik hgt..