Sunday, 22 January 2012

Gelagat Pengguna FB yang ARA kurang gemari

Assalamualaikum..
Hye semua..
Macam mana cuti cina kali ini??meriah tak..
Eh apalah ara ni orang baru nak sambut esok kan..saja ja.
Bukan semua orang sambut raya cina pun kan..hehe..
Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni ara nak cerita sikit antara gelagat-gelagat yang tak berapa ara nak berkenan dalam hati..
Al maklumla kita pun manusia juga punya perasaan kan..
Dan tak semestinya apa yang ara buat orang akan suka..
Terpulang kepada individu itu sendiri..
Kita ni nak berkawan dengan orang dan biarlah kita menerima orang tu dengan ikhlas hati..
Jom terjah untuk kepastian..
Pertama sekali, ara tak berapa suka bila ada orang nak update status dia senantiasa..
Secara logik akal memang tak ada salahnya..tapi bila dah sampai setiap perbuatan nak bagitahu..
Tu dah lain beb..sebagai contoh 1 minit lepas kata nak masuk kereta.
Lepas tu pula keluar status dah dalam kereta..
Pening doo..sometime benda yang tak patut inform pun bagitahu juga..
Rimas betul dengan orang macam ni..< Maaf kalau ada yang terasa >

Kedua, bila orang tu baru je lepas putus cinta..
Mak aihh status mesti mengarut-mengarut..kita yang tengah baca news feed ni lah yang jadi mangsa..
Perlu ke lepas break nak bagi tahu seluruh dunia..
Siap buruk-burukkan pasangan lagi..
Cool la beb.. Mana tahu kemudian hari hubungan yang tadi nya putus boleh di pulihkan..
Jadi tak de lah haru sangat kalau tak post yang bukan-bukan..

Ketiga, bila mana orang itu memburukkan kawan sendiri..
Wah ni tak boleh tahan..sorry to say la..ara ni kalau part kawan sensitif sikit..
Tak perlu la nak burukkan orang sangat kan..
Just perbaiki kelemahan diri..
Setiap orang di dunia ini punya kelebihan dan kelemahan..
Tak perlu pertikai ok..

Keempat, saat orang update status yang berunsur-unsur lucah.termasuklah bahasa kesat..
Tolonglah faham pengguna FB sekarang bukan orang dewasa sahaja...
Kanak-kanak sekolah rendah pun dah ada tau..
Kesan tak elok untuk mereka-mereka ini..


Kelima, bermesra-mesraan dengan pasangan..
Omg..dah-dah la weh..orang lain pun bercinta juga..
Kalau yang ringan-ringan tu tak kisah la sangat..
Ni tak,sampai bab-bab tak berapa nak sesuai dikongsi dengan orang ramai pun nak bagitahu..

Tak elok la kalau orang nak kritik hubungan kita dengan pasangan kan..
Kalau kritik elok tak pa lah.kalau kena yang negatif percuma dapat dosa kecil..

Keenam, di kala..malam bulan mengambang..ahaha..
Tak de lah main je..cukup lah sampai lima..tak suka panjang sangat..
Nanti kawan-kawan bosan pula kan..ehe..
K la..maaf kalau ada yang terasa..kalau ada silap tegurlah ara k..
Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..
Sekian dari sii cilik ara..
SALAM..
`°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°``°``°•.¸¸.•°

.,-)))),
q" _ _)
( _ )
_.>("¡")

2 00 cuit2 ara:

Awie Omar said...

setakat ni entri ni yang dipilih. best.

Anonymous said...

Tq k tuan pengarah..sowie lma dh x aktif..