Tuesday, 3 January 2012

edisi 5 : loghat sarawak..

 Assalamualaikum..
buka itu ini..terjumpa la info yang menarik ..
betapa berguna dan luasnya medium internet ni kan,,
semua jenis maklumat ada,,lagi-lagi bila search kat uncle google kita tu kan..
nice sangat..
telah banyak jasa dan pengorbanan google kepada kita tau..
nak buat assignment pun kena buat rujukan google..
paling tak boleh tahan kalau main copy paste je..ahaha..haram toi..
 baiklah kita kembali kepada topik entry kita ..
sudah lama rasanya ara tak sambung kan..tertunggu2 ke??
ke biasa je..tak pe lah..ara buat ni pun untuk suka- suka sahaja..
sebab bila menetap kat semenanjung malaysia ni semua orang nak dengar ara cakap sarawak lah minta ajar cakap sarawak lah.
maka dengan itu terbitlah entry2 berkaitan..terima kasih kepada sang pengilham..
malam ni ara nak bagi 10 word lagi hadiah untuk orang2 yang setia dengan ajaran ara,,..

10 words for today :\
  1. tandah = biarkan
  2. ngkah = letakkan
  3. loba = sombong
  4. temu = jumpa
  5. lejuk = bosan @ jemu
  6. jeraya = jalanraya
  7. ngambor = bersepah
  8. congek = manja
  9. tukuk = ketuk 
  10. tikam = baling @ lontar
ow yeah..done..hasrat tercapai..selamat maju jaya kawan-kawan..
salam..

4 00 cuit2 ara:

arish hakimi said...

rajin nya ara,
info yang sangat menarik,
nak follow up la edisi2 ara,
mana tahu kot2 dapat kahwin dengan awek sarawak.

aracahayacinta said...

wow..
kawen truih..
boleh je..tq la sudi terjah2 blog ara yang x berapa cantek ni..
juz 4 fun..
jgn lupa nantikan edisi seterusnya tau..

Azhafizah[フィザ] said...

wahh..macam best je dapat belajar bahasa sarawak ni.thanks!

aracahayacinta said...

ok..
best la kalau belajar betul2..
ehehe..