Thursday, 20 December 2012

JOM JOIN : Simple Giveaway - PINK ORANGE SHOPPE~

Hye selamat petang kawan-kawan..
dari tadi ara dok usha-usha contest.. macam best pula join kan,. 
lama dah tak aktifkan diri.. moga-moga ada luck kan.. hee..
1st sekali ara nak ajak readers join contest kawan kita ni IKA..
Mudah je semudah ABC.. aha..
tapi kena tempek banner ni tau.. kalau tak da ni tak sah tau.. (NOTED)


sebelum tu jangan lupa follow blog INI
dan page INI..

Selesai.. eh belum lagi laa.. kena tag kat kawan-juga..
jadi ara nak tag siapa erk.. kita tengok siapa yang kene.. hee..

1. IZZATI
2. NOR FAIZURA
3. UDA SUPERSOME

ok DONE..

kawan-kawan jangan lupa join k..
cepat sebelum tarikh luput :26 DISEMBER 2012..

ikhlas dari sii cilik ara.. goodluck semua..



Tuesday, 18 December 2012

*Gambar Bukan Sekadar Rupa*


hye dude.. ara tak berapa nak ada perasaan nak melakar karangan cukup lah sekadar hiasan gambar-gambar yang ara nak kongsi kat sini sebagai satu entry yang bermakna untuk ara dan orang penting dalam hidup ara..

JOM SAKSIKAN..

#K.ROZZY, K.SUE n ME

#SUE with ARA

k.ROZZY with ARA


gambar bukan sekadar rupa sebab view sangat-sangat cantik..
tetapi kalau snap view je tak ada rupa susah juga.. gambar tu seakan tak ada nilai..
heee..

*******
SEKIAN DARI SI CILIK ARA





Monday, 10 December 2012

*Kehilanganmu jelas terasa*


hye my dear readers..
ara nak kongsi sikit apa yang berlaku dengan ara hari ini semalam dan raya lepas.
tengok tajuk entry dah tahu kan mesti pasal kehilangan..
ye tak lain tak bukan encik kesayangan ara hilang lagi semalam..

*****************

raya lepas ara kehilangan BLACKBERRY CURVE 9300 (kot)
gambar je yang tinggal.. entah macam mana la boleh hilang..
sedih sangat masa tu.. dah la tu hand phone yang ayah ara bagi.. 
untuk tatapan ara kalau rindu dengan abg kitty ..

 see sweet je dia..

hurm.. kali pertama kehilangan memang sangat sakit rasanya..

***********
Dan semalam ara kehilangan lagi.. kali ni hilang BLACKBERRY CURVE 9380.
walaweh.. yang ni memang ara sedih sangat sebab BB ni ara beli guna duit sendiri dan baru je lagi bulan 9 lepas kot.. pertama kali beli gadjet sendiri.. hilang pulak..
memang tak boleh nak senyum.. menangis semahu-mahunya,.
kenapa ara cuai sangat ni ke memang takde jodoh ara dengan BLACKBERRY erk..
lain kali ara cuba IPHONE pula lah.. ahaha..
ara hilang BB pagi.. dan malam semalam ada amoi cina yang baik hati cuba contact MR SAYANG ara guna nombor ara..
terasa hati terbang tinggi ke langit.. 
harapan sekecil tu masih dan sangat-sangat kuperlukan..

dan ya petang tadi amoi tu serahkan BB tu dekat MR SAYANG ara.. bersyukur sangat-sangat..
amoi cina tu cakap dia jumpa kat DKG6.. 
kalau ikut logik memang  tak akan jumpa lagi insan yang baik hati nak pulangkan harta kita..
lagi-lagi gadjet macam tu.. 

ni pulak gambar sii blackberry ara yang HILANG SEKEJAP.


#eh ara kesuntukan masa la.. tak apa lah next time ara buat entry ara nak cerita pasal macam mana nak trace hand phone yang hilang melalui laman web.. 
ok2..

TERIMA KASIH AMOI CINA..
JODOH ARA DENGAN SII BLACKBERRY NI PANJANG LAGI..
lalalalalalalala..gembira bukan main..

kehilangan kali kedua yang memberi 1001 pengajaran..

ok daa.. ikhlas dari sii cilik ara.



Sunday, 2 December 2012

Ceritamu ku jadikan panduan


hiasan semata-mata..

hye my dear readers..
Telah hampir satu semester ara tak post apa-apa kan..
nak tahu kenapa? sebab ara tak rasa safety la.. semua laman sosial ara pun ada ja insan-insan yang memerhati yang sering mencari masalah ara.. 
ara pun tak tahu kenapa mesti ada insan- insan ni di sekeliling ara..
SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA..
dan kalau ada kawan-kawan yang perasan ara dah deactivated facebook dah sejak beberapa hari yang lalu.
Twitter pun hampir-hampir nak delete .. tapi ara dengan twitter dah jadi kawan baik tau..
cuma tu lah ara takut orang follow sebab nak tahu perkembangan cerita yang tak elok je,
almaklum la twitter kan selalu jadi tempat meluahkan rasa yang bercampur baur.. 
tapi kawan ara cakap positif la dekat orang sekeliling InsyaAllah orang akan fikir positif tentang kita..

#eh sebab dah lama tak update intro dia panjang sikit ye.. jangan bosan dulu.. aha..
actually ara nak cerita mengenai seorang kawan ara yang sangat closed dengan ara sejak kebelakangan ni.. jangan risau ara dah dapat kebenaran dia sebelum post cerita pasal dia..

****Lets begin our story***

watak-watak dalam cerita ara ni..
kawan ara = Eira (bukan nama sebenar )
teman lelaki kawan ara = Am (bukan nama sebenar)

cerita cinta dia ni dia mula bagi ara tahu since rabu yang lepas sampai lah petang tadi..
Nak katanya sekarang ni si Am tu tersangat lah sibuknya sampai si Eira ni pun fikir macam-macam dah.
tapi bukan dia tak tahu Am tu sibuk buat apa.. cumanya banyak benda yang buatkan dia ni sangat-sangat terkilan.. eira cakap bukan sebab dia rasa tersisih sebab dah lama tak jumpa, texting ataupun yang macam-macam tu la..
Ahad yang lepas, Eira ni terasa sangat sebab dia nak sangat si Am temankan dia sembang dalam text la.. dia tak mintak pun jumpa.. texting je pun.. tapi tu pun am tak boleh nak faham.. Eira ni kan kalau boleh memang tak nak ganggu masa si Am ni dengan jumpa bagai tu.. tapi salah juga ke dia kalau nak curi masa sikit utuk texting.. hari tu eira cerita sambil nangis-nangis.. ara?? speechless..

lepas kejadian tu eira pun nekad tak nak text dia sehari.. tapi hati wanita mana yang tahan kan bila Am mesej dia reply je, aha.. nekad je lebih.. LOL.. baca mesej-mesej yang Am sent je pun dah buat eira ni nangis.. entah apa la yang Am tu mesej kan.. lemahnya wanita..Selasa nya pula Am ni janji nak jumpa eira.. Lepas Am janji tu Eira bagi tahu ara yang dia yakin Am tak kan jumpa dia pun.. tak kira lah apa pun alasan sama ada relevan ke tak.. tak tahu macam mana boleh jadi apa yang Eira cakap tu jadi nyata.. Alahai budak ni mimpi ke apa.. macam tahu-tahu je, malam kejadian eira langsung tak reply dan angkat call dari Am.. merajuk ke?? padahal dah tahu kan tak akan  jumpa kenapa nak sedih gak kan.. sedih lah kehidupan dia ni.. 

Hari keesokannya, masa budak Eira ni nak pergi makan eh bukan nak pergi makan dah siap bungkus makanan pun.. dia dapat mesej Am cakap nak ajak pergi makan.. tak tahu kenapa la eira ni boleh pula setuju je.. padahal makanan yang dah siap bungkus baru lagi kat tangan.. nak tahu apa maksudnya?? eira ni kalau boleh apa je yang Am ni kata dia akan follow je plus dia pun tak pasti bila lagi dia akn jumpa dengan Am.. Sanggup berkorban apa sahaja katanya.. dia tak nak dibayarkan makan untuknya cukup luangkan masa temankan dia makan sekejap dia dah gembira sangat.. lupa semua tangisan yang lalu.. alahai..

nak tahu kemuncak cerita sedih dia?? cerita fresh lagi di telinga ara ni haa..
tadi sekali lagi masa eira dalam perjalanan nak bungkus makanan Am call dia cakap nak ajak eira pergi makan.. tapi dia ajak kawan dia juga la. So eira pun patah  balik pergi bilik dia.. yang tak tahan tu eira tunggu satu jam kot.. punya lama.. dah la waktu makan dah petang sangat.. alomak.. tapi dia buat-buat sabar je lah kan.. walaupun orang sekeliling dia dah menyentapkan hati dia cakap Am tak kan datang punya.. tapi atas dasar percaya dia tunggu juga.. bertuah punya budak.. aish..masa makan berjalan dengan lancar.. TETAPI.. dalam perjalanan pulang sii eira ni punya laa boleh pulak fikir macam -macam sampai boleh nangis pula tu.,.. nasib baik nangis sikit je.. LOL.. tak ke haru dah la depan kawan dia.. mula-mula ara pun wonder juga apa yang si Eira ni fikirkan sampai boleh nangis pula tu.. alahai..

Sebenarnya kan si Eira ni terdengar perbualan si Am dengan kawan dia.. Selama ni sii eira ni punya la selalu tanya ara kenapa la si Am tak pernah ajak dia nak pergi jumpa dengan Family dia hujung tahun ni.. sebab last year Am ajak si eira ni tak berani lagi, tapi bila fikir balik kalau dia tak pergi jumpa tahun ni mungkin tak akan jumpa sampai bila-bila melainkan ada jodoh diorang dua ni.. kakak si Am ni pun ada suruh Eira pergi tengok dia hari tu.. tapi ini kejadiannya.. Am nak pergi dengan kawan dia.. lepas tu mula lah eira ni fikir bukan-bukan .. kalau nak pergi dengan kawan dia kenapa tak gunakan masa jumpa macam tadi tu dengan sebaiknya kan.. ara pun pelik dengan si Am ni.. kata sibuk.. tapi bila ada masa lapang macam ni sibuk pula bersembang dengan kawan dia.. entah apa la perasaan Eira kat belakang kereta tu .. mesti macam lost je.. 

*The End ( mungkin akan bersambung dan mungkin tidak )

pesanan ara untuk Am : kalau dah tahu masa singkat disebabkan kesibukan dunia kenapa tak guna masa yang ada dengan sebaiknya?? kenapa tetap juga nak buat kawan ara tu menangis?? dia bukan macam perempuan lain nak mengamuk tak tentu pasal. dia suka lagi pendamkan perasaan dia tu sebab tak nak kau terganggu tau...  balik-balik pun dia cakap tak kisah hati dia yang penting kau OK,.. apa pun yang berlaku tolonglah jaga dan faham perasaan dan hati kawan aku k.. aku tahu la kau sibuk sekarang ni dia pun tahu tau.. tapi dia seboleh mungkin faham dan elakkan dari merungut,

Dear my lovely friend ~ jagalah hati tu sebagai mana menjaga hati orang lain.. jangan lebihkan orang lain daripada diri sendiri.. kurangkan menangis... dan jangan lah difikirkan sangat hal-hal yang boleh merunsingkan fikiran tu k.. jaga kesihatan diri k.

pesanan untuk diri dan kawan-kawan lain = belajar lah memahami perasaan orang sekeliling kita.. jangan kerana kesibukan kita kita lupa ada insan sekeliling yang memerlukan perhatian kita sebagai kawan or lain-lain.. 

Credit to my friend.. semoga cerita ni jadi tauladan kepada pasangan yang lain..

#BUKAN ENTRY UNTUK DIBACA UMUM.. KALAU MENYAMPAH DENGAN CERITA NI ABAIkAN JE.. TERIMA KASIH..

ikhlas dari SII CILIK ARA..

Sunday, 17 June 2012

Sepatah 2 kata ~



yippi guys..
i'll back.. kekangan masa dan bulan peperiksaan membuatkan ara semakin rancak dibawa arus kesibukan..dan kerana itu juga telah sekian lama ara tak menjenguk sii MR BLOG ni.. Luckily my blog in a good condition.. & if you guys perasan dah bertukar wajah.. perasan tak??

haaa... sebelum terlambat and terlupa ara nak ucapkan Selamat hari israk mikraj to those who Muslim and SELAMAT HARI BAPA to all fathers especially to my father YUSOF BIN KARIA..
i know sometime we fight each other because of disagreement but what i know is i love you & want you to be a good father to me.. 

ni dah kenapa pula speaking ni.. ahaha.. ok back to normal..
sebenarnyakan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 ara tak sabar-sabar nak balik kampung.. 2 minggu lagi..sangat lama ku rasakan..  balik nanti ara nak belajar masak.. ahaha.. entah apa mimpi.. tak faham.. eh cakap pasal mimpi semalam ara mimpi buruk.. ara harap je tu mainan tidur..
k la guys wanna continued my study.. wish me luck ok.. love you all..

lots of love :
sii cilik ara
♥ ♥ 


Monday, 4 June 2012

Singgah sebentar ~



hye  you all.. pewiitt..
sejak 2 menjak yang beremosi ni ara rajin pula nak post entry kan,..
walhal tengah sibuk nak study.. 
ara tengah blurr sekarang ni.. tak tahu nak belajar apa.. 
maybe dah lepas post entry ni dapat ilham lak.,., ahaa..
boleh pula macam tu kan.. apa lah ara ni..

ara ni selalu macam tu tau.. tajuk entry lain mukadimah lain..
tapi tak pe lah readers faham juga kan,..
actually ara nak ajak kawan-kawan followers , readers di luar sana SINGGAH SEBENTAR
di AZEERA0N9SHOP..

eh ara ada apa kat situ?? 
haa.. kalau nak tahu klik la dulu erk.. nanti dia keluar la page ara yang tak berapa nak cute..
kalau berkenan dengan baju ke,couple tee ke, skirt , handbag & bagpack boleh la singgah situ..
jangan lupa like pula k..
mana tahu admin dia buat sale ke apa ke..
who knows kan..

meh sini ara rajin nak bagi sample baju yang ada jual dalam tu..














dah puas cuci mata?? tu baru sikit kan.. kalau nak cuci lebih go through the pergi page la kan..
kalau berminat senang je.. boleh pm admin or inbox je dekat page tu..
comment pun boleh.. 

ok lah tu je.. sekarang ara nak sambung study la pula.. jenuh nak pulun nanti kan..
bye kawan semua.. 
jangan lupa singgah sebentar.. lama-lama pun tak apa..


sekian dari sii cilik ara.. salam

notakaki : singgah sebentar di aZEEra0n9sh0p.





Saturday, 2 June 2012

sahabat





hye.. lama tak nampak kan.. sorry to all my followers and most sorry to readers..
ara sekarang tengah bergelut dengan musim peperiksaan..
Tapi oleh kerana ara sekarang tengah bersedih hati jadi ara nak berkongsi sedikit cerita dengan deliarayushe.blogspot.com..
& kerana "dia" lah sahabat sejati ara.. 
semoga dengan entry ini , akan beri pengajaran kepada diri ara sendiri dan rakan-rakan..

selagi lagi , tidak terniat pun ingin memburukkan, mengungkit ataupun yang seumpama dengannya..
pertama sekali, ara nak memohon maaf andai kata ada pembaca yang akan terasa.
Dan dengan keluarnya entry ni ara mengharapkan sokongan dan dorongan dan bukannya makian..

sebelum ni bila ara post entry berkenaan sahabat ataupun kawan ara mesti akan excitedkan..
entah kenapa kali ini ara tidak sebegitu..
mungkin kerana ara kecewa dengan seorang insan yang bergelar sahabat..

*******

ceritanya bermula bila mana ara perlukan sangat-sangat pertolongan..
ara tahu mungkin terlalu lambat ara maklumkan.. tapi sebagai seorang manusia penyakit lupa itu bukan dipinta.. malah berlaku diluar sedar... yang membuatkan ara sangat sedih bila membaca kata-kata yang keluar darinya.. sebenarnya bukanlah waktu kejadian sahaja ara terkecil hati, malah petang nya pun.. janji yang dia tetapkan tidak tertunai.. hati ara menangis.. tapi masih boleh ditahan dengan secebis kesabaran untuknya yang bergelar sahabat... tapi bila mana luka ditambah dengan sakit.. ara pun tak tahu nak rungkai macam mana pedihnya..

buat pengetahuan tidak pernah terdetik pun di hati ara untuk mengenepikanmu di dalam hal yang sangat memerlukan penglibatanmu.. tapi mengapa kau sangggup buat ara macam ini?? 

*******

buat kawan di luar sana jaga lah sahabat sebagaimana kita menjaga hati kita sendiri.. tidak ada insan yang rapat dengan kita sebagaimana rapatnya kita dengan kawan.. tegurlah kawan kita andai dia tidak sudi berkongsi kesedihan dengan kita.. kerana kita berkawan bukanlah ketika senang sahaja.. semoga dengan perkongsiaan itu mungkin hati kawan dan kita akan bertambah lega.. ingatlah kawan, kita berkawan bukan untuk sehari.. selama mana kita boleh berkawan, jagalah hatinya.. dengan harapan dia pun akan melakukan hal yang sama.. 

Apabila kita berlaku baik dengan seseorang,mudahan kita akan dibalas baik juga dengan seikhlasnya.

 Di kesempatan ini ara nak meminta maaf kepada sahabat yang mungkin berkecil hati dengan keluarnya status kat wall facebook ara yang sedikit sensitif mengenai isu kenegerian.. sesungguhnya ara terkhilaf dengan kesedihan yang membadai hati kecil ini.. maafkanlah ara k.. semoga permohonan maaf ara ini diterima oleh sahabat handai yang terdekat.. dan ara nak bagi tahu korang la sahabat terbaik ara sejak ara menjejakkan kaki ke bumi sintok ini.. bila ara nak pertolongan ara tak risau sebab ara ada mereka ini.. yang jadikan ara kuat.. tanpa mereka ara mungkin keseorangan di bumi sintok ni..
Terima kasih yang tidak terhingga ya kawan-kawan,. ara sayang korang sangat-sangat..

ayuhlah kita berdoa semoga kita dijauhkan dari kekhilafan dunia dan kelekaan dunia semata-mata..




  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Ya Allah ya tuhanku, ampunilah semua dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,keluargaku,sahabat handai dan semua muslimin dan mulimit sekalian.
Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada hambamu ini, semoga memperoleh kejayaan di dalam peperiksaan kali ini.
Ya Allah ya tuhanku, engkau permudahkanlah urusan hambamu ini dalam menimba ilmu , menghafal isi penting dan Engkau berikanlah idea2 yang bernas untuk hambamu ini menjawab soalan peperiksaan..
Dan janganlah engkau sempitkan fikiran hambamu ini dengan hal yang tidak berfaedah..
Ya Allah ya tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Izinkan lah hambamu ini menjadi sahabat yang disenangi rakan-rakannya,sahabat yang boleh membimbing mereka dan sahabat yang terbuka hatinya bila mana mendapat teguran..

Amin ya rabbal alamin..

Akhir kata maaf andai ara tersalah kata dan berikanlah peluang untukku memohon maaf..sekian dari sii cilik ara.. terima kasih kerana sudi baca..




Thursday, 24 May 2012

1/2 hari with "MEREKA"



hye kawan..
malam yang agak sunyi sepi ni.. ara kebosanan actually..
baru je lepas study ABC..
& sekarang masa utuk rehatkan kepala otak ni kan..
eh lupa ABC tu bukan Ais Batu Campur tau..
ABC yang ara maksudkan tu adalah Activity-Based Costing..
salah satu topik yang ara belajar dalam MANAGEMENT ACCOUNTING..

alamak.. harus ke ara explain pasal tu.. arrrgghhh out of topic..
hee.. just wanna share what i'm studying just now ..lalala..

actually ara nak menaip mengenai ARA & MEREKA.
sekejap lagi ara bagi tahu siapa mereka tu k.. sekarang ara tak nak cakap banyak..
nak share picture yang sempat dirakam pada hari kenangan tersebut..


member "kamceng" ara kat DPP SIME DARBY.. thankz kawan..


pemalu ara dalam ni.. almaklumla.. ramai sangat kawan baru yang baru dikenali..
kalau jumpa kat mana-mana tegur lah k.. 


tahniah kebahagian + kegembiraan di tangan kalian semua.. 


ARA + SUE = Kawan baik.. sama-sama B.E.N.G.O.N.G..


sweet >> merenung masa hadapan bersama.. 


ni ntah knapa dok sowang-sowang.. buang tabiat.. 



Bajet ayu.. yucks.. ahaha.. p loike it..


no komen>> aha..

 aha.. dah puas tengok picture?? ahaa.. banyak lagi tapi macam tak nice la kan entry yang sangat padat dengan picture.. mata pun dah seakan memberat ni..ara sudahkan entry ara dengan sekeping picture admin.. lalala.. ini lah jadi kalau ara + NIKON..


sekian dari sii cilik ara.. moga ketemu lagi di lain entry.. love you all,,

notakaki : kalau tak nampak dengan jelas picture sila klik 1 kali untuk pembesaran..  tq..





Sunday, 20 May 2012

♥ 20 mEi 2012 ♥










Dimulakan dengan Bismillah..

Alhamdulillah malam ini adalah saat yang ara tunggu bila mana tarikh bertukar dari 19 mei 2012 kepada 20 mei 2012.. kalau nak tahu tarikh ni tergolong dalam tarikh yang amat-amat penting dalam hidup ara selain birthday ara , birthday keluarga ,birthday MR SAYANG..

Alkisah bermula 20 mei 2006 atau ara lebih senang bila tulis macam ni 20052006..
smart doh.. 
sebelum terlupa ara  nak minta maaf if entry kali ni tidak menjurus kepada info dunia yang berkaitan..
hanya sekadar menghargai our relationship.. jangan baca andai tidak suka..
berbalik kepada topik asal.. 
kenapa tarikh ni penting dalam hidup ara???

of course la tarikh dimana hati kami disatukan.. hee..  
masa ni ara still form 2.. nakal kan.,. sounds like great bila kami masih boleh pertahankan hubungan kami.
walaupun terlampau banyak dugaan..
biasala kadangkala apa yang dia suka buat tu ara pula yang tak suka..
tapi alhamdulillah dia faham..
sekurang-kurangnya dia cuba untuk jaga sekeping hati yang mudah terluka ini..
tahun demi tahun kami hadapi dengan penuh suka dan duka.. 
ada kali ketawa,ceria.gembira,sedih dan tidak kurang juga tangisan..

Walau bahagia mana pun kami.. setiap kami masih mempunyai kekurangan..
siapa cakap hubungan jarak jauh tak ada masalah dan siapa pula cakap hubungan jarak dekat tak ada masalah..
Tuhan itu maha adil.. setiap sesuatu itu akan ada kebaikan dan keburukan..
2006 - kenangan pahit yang berlaku dalam sejarah hubungan kami.. ( by him )
2010 - kenangan pahit yang ara sendiri cipta..
ingkar dengan janji membinasakan.. 
betapa hebatnya 20 mei..
dia juga lah menyatukan hati kami balik daripada sebarang kekeliruan..

semoga 20 mei juga lah menyatukan hari bahagia kami nanti..AMINNNN
ara juga tidak lupa bahawa manusia hanya mampu merancang..

hye kawan-kawan hari 20 mei ni dah 6 tahun dah tau ara dengan MR SAYANG berhubungan..
lalalala..
moga berkekalan..

to my cinta :
jaga ur nyawa lek lok k..  xtauk la u anggap i ni apa kan.. p oppuly sprti apa yg kta sedia maklum..
terimalah kekurangan diri ini.. tegurlah jika ada kelakuan yang mengguris hati..
thankz 4 being my boyfie...
love you so much..



di malam yang indah lagi menceriakan..
ara nak tujukan lagu khas buat my cinta..

  • Tetap Bertahan
  • Blow me a kiss *kenangan date luar parkson* lampu2 kacak..
  • Aishiteru *lagu tem rah matrik lok*
  • Tercipta Untukku *lagu fav yg salu dberik tem mrajuk*
  • percaya padaku * my fav song*
(baru je lepas dengar lagu tu semua)

tak tahu kenapa hati bunga-bunga malam ni.. petanda apakah... 
rasa macam nak p belari2 anak kat pantai wif my cinta..
ahaha.. angan dan harapan.. aneh sungguh..

*request nak mimpi indah malam ni... *

quote terakhir untuk entry kali ini..

"Lelaki akan lemah bila melihat wanita menangis. Mereka lebih tewas sekiranya airmata itu mengalir dari Perempuan yang dikasihi "

Lots of Love : your ASMARA..

Disudahi dengan Alhamdulillah..








Saturday, 7 April 2012

Rambut panjang yang boleh buat mata ara lip lap ~



hello everybody.. Long time no see..
jenguk je terus masuk entry pasal rambut.. kenapa erk.. 
keinginan untuk treat rambut sangat membuak-buak kot..
bajet je tak berapa nak ada.. apa boleh buat kan...
actually semua entry2 ara bekaitan dengan ara.. 

P/s kepada readers : harap bersabar kalau tak setuju dengam minat ara or maklumat yang ara bagi.. but sejak blog ini wujud pun memang dah diberi nama "itz all about me ".. diharap semua faham..

untuk entry kali ani ara nak kongsi sikit beberapa contoh hairstyle yang ara suka sangat.. 
walaupun ada setengah ni ara memang tak dapat nak buat macam tu.. but i love it so much..

buat pengetahuan semua ara kembali dengan entry pasal rambut kerana VIEW entry ara yang paling banyak terhasil dari entry ara yang bertajuk RAMBUT PENDEK ARTIS WANITA YANG MEMUKAU HATI ARA "...thankz to all the viewer... tidak lupa kepada viewer pages SARAWAKIAN.. always the top.. 

ok lets start our entry.. ara tak bagi carta ok.. sebab semuanya pun ara suka.. hee,.


seperti biasa dimulakan dengan wajah insan yang bagi inspiration dalam diri ara.. chewah..
ara suka je semua pasal dia ni.. CUTE + CANTIK + SUSAH UNTUK DINYATAKAN.hee..



tahu tak siapa ni.. artis kecil molek yang famous dengan lagu LOVE YOU LIKE A LOVE SONG .. setakat ni ara kalau nak g salon mesti tengok hairstyle dia dulu.. ahah... menarik kot... 



COOL + HOT = AVRIL LAVIGNE.. ara dari kecil lagi minat dengan rambut dia ni.. tapi apa boleh buat memang mimpi la nak berambut macam dia.. nak kena colour tu yang ara tak berapa nak berkenan.. but love it so much... "tak dapat bayang kalau ara rambut macam ni" kalau orang luar tak pe lah kan.. kulit pun memang padan..


CINTA MELODI ~ itulah sinetron yang membuatkan dia semakin dikenali di negara kita kan.. actually dalam cerita tu dia rambut pendek tapi ara tertarik dengan picture yang ni...tak tahu kenapa.. kenapa erk ?? lain kali la ara fikirkan k..


to the left (2x).. aha.. teringat dengat cerita BILA SHUIB SPEAKING LONDON.. ahaha.. SOFT CURL.. ara kalau nak curl rambut maybe nak macam ni.. tak nak yang curl semua.. takut rambut rosak.. hee...
entah kenapa ara sayang sangat rambut lurus ni... nak curl rambut pun fikir beribu kali..



LIKE 10X.. walaupun bila difikir ada lagi ke orang minat dengan artis yang bermasalah ni.. tapi ara tak fikir macam tu.. ara minat artis bukan kerana perangai.. mungkin ada lah sikit.. ara suka style akak ni... hee..,. always preety.. & rambut dia ni alsi colour macam ni ok.. correct if i wrong,,



LOVE DEMI LOVATO SO MUCH .. pretty hair with beauty face make me adore  her since ara ermm lupa la.. ahaha.. lagu dia yang ara minat sangat  "GIVE YOUR HEART A BREAK ".. ada masa sila dengar k.. InsyaAllah jatuh hati dengan dia..




unknown.. lalala.. curi kan tu pasal tak tahu siapa... actually ara tunjuk picture ni sebab ara sangat meminati hairstyle yang 1 ni.. bagi yang tahu tu.. ssshhhhh k.. hee...

ok done with my entry... thank you encik google yang bantu ara siapkan entry ara ni..
sekian dari sii cilik ara..
SALAM..



Thursday, 29 March 2012

bila picture mula berbicara ~



setelah sekian lama tidak update kini ara kembali walaupun bukanlah datang seperti yang diharapkan..
entry kali ni ara nak biar gambar2 yang ara upload je ceritakan apa yang berlaku kat ara kebelakangan ni..
& sangat terharu apabila dapat tahu ada juga orang yang sudi lawat blog ara ni walaupun bukannya ada yang menarik pun.. 
hee.. 
lets start our picture story ::::

ara banyak habiskan masa dengan budak2 ni.. hee..

saat tiada keluarga di sisi sahabat senegeri jadi pengubat rindu..

sekadar tambahan.. entah gift apa la yang ara dapat tu kan..

selain di ADHOC SARAWAK.. ara aktif sikit dalam aktiviti DPP.. ikut tema pink + rabbit.. aha..

kawan-kawan terbaik saya... -sayang tak owg ilak2.. -


sekian dari saya sii cilik ara..
dengan ini ara nak maklumkan ara rindu dengan semua  readers kat sini...